<width>40</width>
<height>60</height>
<description><![CDATA[Dah lama anak-anak mama bising sebab tak buat lagi choc spread ala nuttela ni.. maunya nak buat.. sekali buat satu botol besar.. habisnya cepatttt... :P  :P 
Kali ni mama guna chocolate compound Berryls.. resipi mama ambil dari blog Sifu Chocolate mama.. Dr. Rahimah of  http://www.homechoc.com/2008/11/coklat-sapuan-macam-nutellayummyyummy.html(Homechocs), memang sedap :P  :P memang yummy... kalau nak lagi sedap.. pandai-pandai laa bega sendiri... LOL  LOL 
SAPUAN COKELAT ALA NUTELA - nama asal dari Dr Rahimah
- Homechoc Mas des Fontaine
70 gm hazelnut yang dikisar
50 gm madu
200 gm susu sejat (kalau nak lebih lemak gunalah double cream)
11/2 tbs mentega tanpa garam
250 gm coklat couverture hitam (jika tak suka pahit, boleh gantikan dengan coklat susu)
Panaskan susu, madu dan mentega mengunakkan kaedah double-boil
Setelah campuran itu panas, campurkan coklat yang telah dicincang. Gaul hingga sebati baru campur hazelnut.
Kemudian pukul campuran yang masih panas tadi dengan mengunakan handmixer pada takat tinggi selama 1 minit untuk mengebukannya.
Setelah sejuk simpan dalam peti sejuk semalaman. Untuk tahan lama produk ini mesti disimpan dalam peti sejuk
* Paling sedap jika dimakan dengan roti yang panas....Selamat mencuba!
Yang ni pulak assorted chocolates yang ditempah oleh customer mama Azman untuk adik angkatnya di USM ;-)  ;-) 
yang ni yummy... fillings dia kiwi dan rasa-rasa mint... :P  :P 
<description><![CDATA[Lama mama tak update fotopages.. tak tau nak tulis amende.. blank dan kosong...Tengok gambar jerr laa ekkk.. ni semua projek-projek lama mama... dah lupa bila pulak mama buat semua ni.. almaklumlaa dan makin veteran.. hehehe ;-)  ;-) 
Ada Oreo Cheesecake, cokelat, Black and White Cupcakes, belajar buat baulu gulung.. yang digulung terbalik  LOL  LOL cheesetart, kek deepavali.. dan banyak lagi.. tapi tak tau mana gambarnya...
OREO CHEESECAKE
dari petibesi RNet
Bahan Base :
15 keping biskut oreo, ketepikan bahagian gula lalu dikisar
100gm mentega tawar dicairkan 
Bahan Atas :
275gm cream cheese dibiarkan pada suhu bilik 
125gm gula halus ( gula kastor ) 
½ sudu teh serbuk vanilli 
1 butir telur ukuran besar 
5 keping biskut oreo, ketepikan bahagian gula, hancurkan kasar 
Cara Membuatnya :
Sediakan loyang. 
Hancurkan biskut kemudian masukkan mentega cair, gaul rata hingga 
tercampur rata. 
Tuang ke loyang sambil ditekan-tekan dengan belakang sudu hingga 
padat menutupi bahagian bawah loyang. 
Simpan di peti sejuk selama ± 30 minit. 
Panaskan ketuhar pada suhu 160 °C. 
Pukul cream cheese, vanilli dan gula hingga lembut. 
Masukkan telur lalu dipukul perlahan hingga semuanya tercampur rata. 
Masukkan biskut oreo yang sudah dihancurkan kasar, gaul rata. 
Tuang adunan ke dalam loyang yang berisi base biskut. 
Bakar dalam ketuhar selama ±45 minit dan permukaan adunan mulai 
mengeras. Angkat.
Sejukkan cheesecake hingga betul-betul lalu keluarkan dari loyang. 
Sejukkan di dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam sebelum disajikan. 
<description><![CDATA[EGG ON TOAST 
Semasa bulan puasa yang baru lepas... rasanya break rekod utk mama.. sebab mama hanya ke pasar ramadhan 1 kali saja.. selebihnya.. either masak sendiri atau pun beli kat gerai depan apartment jerr... tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.. hampir setiap hari kami ke pasar ramadhan. 
Salah satu hidangan untuk anak-anak ialah Egg On Toast ni... Puas mencari untuk rujukan tak jumpa.. last-last.. ding-dong .. sape lagi kalau bukan MAMAFAMI.. hehehe.. MamaFaMi laa yang come to the rescue of Mamazieza.. hehehe 
Anak-anak mama memang suka.. buat ni hampir satu bungkus roti habis.. so simple.. so sedap.. memang sedap... dah memang mama ni anak beranak suka makan roti... Dua hari berturut-turut buat.. huhu :P 
Bila dah lubang-lubang kan roti tu..s ayang laa pulakkan hak yang kena potong2 tu..so mama buatkan sandwich gak :P  :P 
<description><![CDATA[Mama tak tau laa apa nama yang sebenarnya.. dok dengar briq.. briq la jadinya hehehe.. sedap.. tapi awas... kolestrol yang tinggi dalam telur.. muahahaha
Nak buat senang jerrr
Bahan-bahan
Beberapa keping kulit popiah saiz besr
Telur
Kentang yang dah direbus
Sardin
serbuk pepper dan
daun bawang ke.. daun sup ke
cili hidup hiris
Letak aje laa apa yang kita nak.. hehehe
Memula kita potong dadu kentang yang dah direbus tadi dan letakkan di tengah-tengah kulit popiah. letak jugak secarik dari daging ikan sardin tu.. renjis2 kan serbuk pepper dan letak laa daun2 tu...semuanya kita letak sikit-sikit jerr.. macam orang kedekut.. hehehe
oh ya sebelum tu.. panaskan minyak yang banyak.. ni kena goreng tenggelam tau... ;-) 
Dah letak semua tu.. perlahan-lahan pecahkan sebiji telur dan terus lipatkan menjadi segitiga dan masukkan cepat ke dalam kuali tadi supaya ianya tidak pecah.. goreng sehingga kulit popiah tadi agak garing.. kemudian angkat dan serapkan minyak berlebihan di kitchen towel. Hidangkan dengan sos atau mayo.
Ni kalau buat bisnes.. mcm goreng pisang panas.. wa cakap lu... :-D  :-D  pernah mak sedara buat utk persatuan isteri-isteri polis (hehehe.. yalaa kot.. tak tau persatuan apa) sampai 150 biji telur digunakan.. hmmm tak larat menggoreng.. Ada yang beli berkali-kali tak puas makan...  :P  :P 
<description><![CDATA[Gambar-gambar ni dah lama upload tapi nak menulis tu hmmmm... malas tahap gaban superman pencen... LOL  LOL 
Chicken Chop mama buat masa first day puasa... chicken chop simple giler... dah simple gambar pun dapat ambil satu jerr.. hahaha lain semua blurrrrrrrr ;-)  ;-) .. lapar laa first day puasa kan.. heheheh...
Pulut seri Muka tu mama buat dua tiga hari selepas... menerai test lagi kukusan letrik yang mama beli dari chef asma.  Mudah dan senang nak bersihkan.. resipi pun resipi sempoi.. heheheh...
Gambar rumah mama yang dah diubah suai.. gambar dalam takde sebab kosong.. so ambil gambar luar jerr LOL  LOL 
CHICKEN CHOP SEMPOI
Daging Ayam yang dah siap 'debone'
Lea & Perrins
Garam
Pepper
Black Pepper
Semua sekali tu mama perapkan kat ayam selama lebih kurang 2 jam.
(ikut suka laa nak perap berapa lama.. kan ni resipi sempoi... ;-) )
Golekkan ayam yang diperap tadi dalam tepung gandum, 
Then celupkan dalam telur
Golekkan pulak atas bread crumb
Goreng... hmmm siap ayam
Sosnya
Tomato Sos
Cili Sos
Garam
Gula
Worcestoire Sos
Cendawan Butang di hiris nipis
Capsicum di hiris atau didadu
Bawang Besar di hiris atau dadu
Masak semua sekali.  Campur air skit... hmmmm sedapp  :P  :P  Boleh cicah roti bakar lagi.. hehehe
Curahkan atas ayam tadi.. lepas tu ngappppppppppp.... :P  :P   ehhh.. tunggu berbuka dulu ekkkk...  :-> ]]></description>
<description><![CDATA[MAMAZIEZA VERY OWN ORIGINAL CHOCOLATE TREASURE 
RM22/- per bottle of approx. 47 - 50 pcs.   Untuk tempahan emel mama di mamazieza@yahoo.com]]></description>
<description><![CDATA[Salam semua.. Cerita contoh ni mama petik dari http://sanasinigitugini.blogspot.com/2009/08/(sanasinigitugini)
Selasa, Ogos 25, 2009
MALAIKAT MENGIKAT ULAR DARI MEMATUK PEMUDA NAKAL 
DALAM sebuah riwayat, dikisahkan bahawa pada suatu hari Nabi Isa as berjalan melalui sebuah kampung. Di kampung itu terdapat seorang anak muda yang sangat nakal. Namanya Qasar. Kenakalan melampau anak muda itu menyebabkan penduduk kampung memberitahu kepada Nabi Isa as, sebaik sahaja baginda sampai ke kampung berkenaan.
Penduduk kampung menceritakan kenakalan anak muda berkenaan yang sering menyekat punca sumber saluran air dan mengotorkannya dengan meludah ke dalam air. Mereka meminta Nabi Isa as supaya berdoa kepada Allah swt supaya pemuda nakal itu tidak lagi menganggu kesejahteraan penduduk. 
Mendengarkan aduan pendudukan kampung, Nabi Is as pun berdoa: “Ya Allah, utuskanlah seekor ular, supaya pemuda nakal itu tidak kembali lagi ke kampung ini (mati).
Ketika itu, pemuda nakal sedang menghampiri tempat punca air untuk melakukan kerja nakalnya menghalang aliran air mengalir ke kampung. Dia membawa bersamanya bekalan berupa bungkusan mengandungi tiga keping roti. Sebaik sampai di punca air berkenaan, pemuda itu didatangi seorang ‘Ahli Ibadah’ yang kebetulan melakukan ibadat berdekatan tempat itu.
Ahli Ibadah itu memberi salam sambil berkata: “Adakah kamu membawa sesuatu yang dapat kamu berikan kepadaku. Atau kamu tunjukkan kepadaku sesuatu supaya aku dapat melihatnya, kerana aku tercium bau makanan yang sangat sedap baunya. Aku belum pernah memakan makanan sesedap itu.”
Tanpa banyak bicara Qasar memberikan sekeping rotinya kepada orang itu. Ahli Ibadah menerima roti itu dengan ucapan: “Mudah-mudahan Allah mengampuni dosamu dan membersihkan hatimu Qasar.”
Pemuda nakal itu terkejut bila Ahli Ibadah itu menyebut namanya, sedangkan dia tidak pernah kenal dan bukan pula penduduk yang sekampung dengannya. Lalu Qasar menghulurkan sekeping lagi roti miliknya kepada Ahli Ibadah itu dan kali ini Ahli Ibadah berkata: “Semoga Allah mengampuni dosa kamu yang lalu dan dosamu yang akan datang.”
Mendengarkan kata-kata sedemikian, Qasar memberikan sekeping lagi rotinya dan kali ini dia menerima pula kata-kata: “Mudah-mudahan Allah membangunkan untuk kamu sebuah istana di dalam syurga,” dari Ahli Ibadah berkenaan.
Setelah dia mendengar kata-kata Ahli Ibadah itu, dia pun membatalkan kerja nakal yang ingin dilakukannya dan kembali ke kampungnya. Melihatkan Qasar telah kembali, penduduk kampung memberitahu Nabi Isa as.
Nabi Isa as berkata: “Panggilkan dia kemari.”
Mereka pun memanggil Qasar untuk bertemu dengan Naib Isa as. Tanpa banyak bicara pemuda nakal itu datang menghadap Nabi Isa as.
Nabi Isa as berkata: “Wahai Qasar, katakan kepadaku apakah kebaikan yang telah kamu lakukan hari ini?”
Jawab Qasar: “Sebenarnya sewaktu saya pergi dekat tempat punca air untuk melakukan kerja seperti biasa, seorang Ahli Ibadah telah datang menghampiri dan dia berkata dia belum pernah memakan makanan yang berbau wangi seperti roti yang saya bawa. Maka saya pun memberikan kepadanya satu keping dan Ahli Ibadah itu berdoa untuk saya. Akhirnya saya memberikan ketiga-kita keping roti yang saya bawa kepada Ahli Ibadah berkenaan.”
Kata Nabi Isa as: “Wahai Qasar, bawakan ke mari bungkusan kamu itu.”
Maka Qasar pun memberikan bungkusan yang dibawanya kepada Nabi Isa as lantas Nabi Isa membukanya. Sebaik membuka bungkusan, Nabi Isa as dapati di dalamnya terdapat seekor ular hitam yang telah dirantai dengan besi.
Berkata Nabi Isa as: “Wahai ular hitam....”. Lantas dijawab oleh ular: “Ya Nabi Allah.
Berkata lagi Nabi Isa as: “Bukankah aku telah perintahkan kamu supaya mematuk orang ini?”
Jawab ular hitam: “Ya, memang benar tetapi, telah datang seorang Ahli Ibadah meminta makanan dari Qasar, dan Qasar telah memberikan kepadanya. Maka Ahli Ibadah itu telah berdoa kepada Allah swt sebanyak tiga kali dan ada malaikat telah mengaminkannya. Kemudian Allah swt telah mengutus malaikat lalu mengikat aku dengan rantai besi.”
Setelah Nabi Isa as mendengar kata-kata ular hitam itu lalu berkata: “Wahai Qasar, mulai sekarang kamu buatlah baik. Sesungguhnya Allah swt telah mengampuni dosa kamu.”
Dituleh oleh Hasnul Rahman pada 2:54:00 PM   
Pengajarannya... pada hemat mama laaa... sejahat mana pun seseorang itu.. kalau sampai masanya berbuat baik.. dia akan berbuat baik  ;-)  ;-)  Janganlaa kita ni sebagai manusia terburu-buru menghukum kita sesama manusia.. Tapi yang susahnya kita ni manusia.. hehehe.. nama pun manusia.. rasa marah .. benci.. dengki.. hasad memang tak lepas dari diri kita ini... $-)  $-) .. Jangan kita mendabik dada dengan ilmu yang sedikit kita menghukum orang lain... :-( ]]></description>
<description><![CDATA[Dari seorang kawan cyber http://edoras.fotopages.com/( Bro Edoras) yang tidak dikenali tetapi memang unik, sensitif  dan sungguh special sebagai seorang kawan.. Thanks Edoras ;-)  ;-) 
<description><![CDATA[Something that mama did.. but mama cannot remember when.. with all the things going on around me with during the last few weeks.. my doter and husband admiited in the hospital.. mama gone to singapore on 4 and 5 july.. then to JB on 11 and 12th July, back from JB..straight to Kota Bharu coz my SIL's husband passed away.. and lots and lots or buzzing around me.. next week I am going back to Melaka.. then week after that, I might be in KL.. insyaAllah.. hectic sungguh.. lepas ni mama pengsannn..  ;-)  ;-) 
Alamak.. semekut belum buat lagi..  LOL  LOL 
chocolate tarts tu mama buat sebab .. nak perabis chocolate daim yang mama beli untuk cheesecake.. tapi kemerajukan.. wakakakakak LOL  LOL 
utk choc tarts tu.. mama cuma cairkan choc dan masukkan dalam tart shell tu jerrr. pastu mama letak daim seketul... :-D  :-D ]]></description>