Gambar-gambar ni dah lama upload tapi nak menulis tu hmmmm... malas tahap gaban superman pencen...
Chicken Chop mama buat masa first day puasa... chicken chop simple giler... dah simple gambar pun dapat ambil satu jerr.. hahaha lain semua blurrrrrrrr .. lapar laa first day puasa kan.. heheheh...
Pulut seri Muka tu mama buat dua tiga hari selepas... menerai test lagi kukusan letrik yang mama beli dari chef asma. Mudah dan senang nak bersihkan.. resipi pun resipi sempoi.. heheheh...
Gambar rumah mama yang dah diubah suai.. gambar dalam takde sebab kosong.. so ambil gambar luar jerr
CHICKEN CHOP SEMPOI
Daging Ayam yang dah siap 'debone'
Lea & Perrins
Garam
Pepper
Black Pepper
Semua sekali tu mama perapkan kat ayam selama lebih kurang 2 jam.
(ikut suka laa nak perap berapa lama.. kan ni resipi sempoi... )
Golekkan ayam yang diperap tadi dalam tepung gandum,
Then celupkan dalam telur
Golekkan pulak atas bread crumb
Goreng... hmmm siap ayam
Sosnya
Tomato Sos
Cili Sos
Garam
Gula
Worcestoire Sos
Cendawan Butang di hiris nipis
Capsicum di hiris atau didadu
Bawang Besar di hiris atau dadu
Masak semua sekali. Campur air skit... hmmmm sedapp Boleh cicah roti bakar lagi.. hehehe
Curahkan atas ayam tadi.. lepas tu ngappppppppppp.... ehhh.. tunggu berbuka dulu ekkkk...
Sedapnya juadah mama. Kuih pun my favourite!
Kita dah lama mengidam kukus tu... hari tu dah pergi Cosway nak tukar dengan kupon zaman Jepun kita tu... tengah tunggu jawapan dari Cosway...
Kita dah nengok dah rumah mama hari tu masa lalu kat Ujong Pasir....
mama...nak bagitau...l&p tu tak masuk listing halal jakim...sijil dia tak diiktiraf...kalau mama cari substitute nye, pakai worcester maggi dan seasoning maggi...
best nya tengok umah tu..lapangggg...waa..lepas nie leh la ma wat kek kukus coklat secara besar2an ya...pastu kukus chicken chop...cairkan cekelat pun boleh..hehehe..maka dgn itu..dapatkan kukusan elektrik ini ...sempoiiii
rumah mama mcm ala2 rumah kat melaka lah.saya klu dpt duduk rumah mcm ni rasanya takut gak sebab beso dan tak larat nak kemas.mama nanti beraya kat umah ni ke
Selamat Hari Raya Mamazieza, tentu mama banyak buat kuih raya ni, kalau auntie tinggal di sana, dah
tentu pagi2 lagi auntie dah sampai, kerana pasti juadah raya kat rumah mama mesti sedap2 maaf kalau tersilap kata