By: mama zieza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 21-Nov-2007 15:19 Email | Share | Bookmark
BATIK MARIE VOUCHELLE - Furbycutee

 
 
 
Lama dah dok teringin nak buat kek batik ni sebab dah lama sangat tak buat.. Walaupun senang tapi kalau dah malas.. hehehe .

Tapi disebabkan hari ni mama 'MC' kerana ada follow-up di Pantai Mutiara Hospital, sampai 3 kali ulang alik ke hospital tu.. jadi dah terajin laa pulak hehehehe...and as usual mama akan guna resipi yang kat bawah ni, sebab dalam banyak2 resipi yang ada, yang ni pada tekak mama paling sedap sebab tak guna milo, tapi guna koko.

Kek Batik Marie : Oleh Furbycutee



bahan2:

ambik 1/3 drp butter 250 gram (1/3 drp 1 buku butter) 1/2 cawan serbuk cocoa
1 tin susu pekat (tin kecil)
1 paket biskut marie (patah2kan)
1/2 cawan kacang tanah (yg dah dibakar & diblend kasar)
bekas utk letak kek batik

cara2:


1. Cairkan butter dlm periuk, bila dah cair masukkan serbuk koko & kacau.

2. Kemudian baru masukkan susu, kalau dimasukkan susu dulu nanti ia berketul-ketul dan susah hancur. Kacau sehingga likat.

3. Bila dia mula menggelegak sedikit dan dah panas, tutupkan api dan terus masukkan biskut marie tadi. Jangan masukkan kesemua terus, takut nanti biskut terlebih byk dari koko, tak sedaplaa pulak. Gaulkan biskut tadi dengan campuran koko sehingga semua biskut disalut.

4. Kemudian masukkan dalam acuan atau tupperware dan tekankan dengan sudip kayu ke.. supaya ianya mampat dan ratakan. Taburkan lagi kacang atasnya,

5. Sejukkan dalam peti ais dan dah sejuk potong dan hidangkan

coklat mixture dia mmg melekat abis & bukan jenis yg lembik.

kalau potong, then tak abis mkn & biar pada room temperature pun dia still kukuh lagi.

variety:
kalau taknak guna kacang tanah bleh guna nestum or cornflakes yg
dah dihancur2 kan.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net