By: mama zieza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-Nov-2007 15:40 Email | Share | Bookmark
AYAM HALIA NOOR LAN

 
 
 
 
Mama cuba masak Resipi yang Jeni cuba di Riyadh.. dan ramai pulak yang dah mencuba dan kata sedappp... and I did it.. but.. tak tau laaa.. mungkin ada yang terkurang.. Almaklum mama ni kan 'tereris' memasak.. . Mama tak berapa sangat dengan masakan ayam kali ni, mama lebih suka Ayam Masak Serai tempoh hari. Even my husband and kids pun kureng skit dengan ayam ni. Agaknya tak pedas kot...

Tapi bukanlaa ianya tak sedap, sedap cuma tak apa kata orang.. 'not really our taste'.. . Mama rasa, mama yang ada tersilap di mana-mana kot.. hehehehe.. sebab feedback dari kengkawan di RNet semua kata sedap, tapi bila mama buat.. mama kata kurang sedap. Ataupun, bulan ni, bulan tak sedap gamaknya.. hehehe.. semua mama buat tak menjadi dan tak sedap

Apa-apa pun, kalau ada sape-sape nak cuba, boleh cuba.. bak kata orang, lain lidah.. lain laa rasanya... wakakakaka

AYAM HALIA NOOR LAN
Sumber : Noor Lan
Dipopularkan oleh Jeni Resipi.net

Bahan-bahan
Isi ayam
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar rempah sup
Bawang putih, besar dan halia sebanyak yang disukai
Cili hijau

Cara
1. Potong ayam dan perap dengan sos tiram dan rempah sup dalam 10 minit.
2. Panaskan minyak, tumis bawang2 dan halia hingga agak layu.
3. Masukkan ayam dan tumis hingga masak.
4. Bila agak2 ayam dah nak masak masukkan cili hijau.
5. Boleh tambah apa-apa lagi yang disukai. Dalam kes saya tadi saya masukkan cendawan butang. Yummy sungguh!

Selamat mencuba !



Yang ini pulak, mama buat pasta carbonara fusion..
hantam sajalaa labu, ikut apa yang ada, semua masuk.. last-last nak panggil pasta with white sauce pun tak boleh, with cheese pun tak boleh, sebab skit sangat guna cheese.. hehehe...
makan jadiklah ..........

CARBONARA FUSION MAMA!




Jelly Cup for Sale (Harga 0.60, minimum order 40 pcs)





SEMBANG NGAN MAMA

Quote:
Izan - tu mama dah tulis.. kat atas.. hehehe

MamaFaMi - Memang simple MF... tapi mama tak suka laaa.. hehehe

Zati - Nak jadik tokeh balak pulak nanti.. boleh????

Lee Lin - Mama tak faham laa yang oi.. sape ambil gambar tangan??? susun elok2 tak laa tumbang...

Linda - Mama dah jawabkan...

Maklang - Betul tu maklang.. hehehe. kita ni tekak melayu habis.. semua nak pedas...

srsfeqah - aiseh.. carbonara tu mama main campak2 hehehe.. nanti mama try ingat semua dan mama tempek ekkkk...

Yatt - Lebih kurang gitu laa heli... boleh kot... hehehe

Tun- tak payah tergoda goda ni.. hahaha... ni nak mai penang bila.. sebab nanti awak mai.. mama plak gi mana2.. sebab in december ni.. memang mama lebih byk ostation dari instation..wakakak

Masihjelita - Mama dah try emel.. tapi emel tu ditendang balik.. kenapa ekkk????


Willywonka - Dah emel kannn..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net