By: mama zieza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 23-Jun-2009 08:03 Email | Share | | Bookmark
TOLONG SEBARKAN DAN DOAKAN UNTUK KAWAN MAMA - TELAH DITEMUI

nadia natasha 8 tahun
ahmad zakry 10 tahun
LATEST -

MEREKA TELAH DITEMUI DAN SELAMAT KEMBALI KE PANGKUAN KELUARGA.. terimakasih kepada semua kengkawan yang telah mendoakan kesejahteraan mereka... aminnnn.....



DUA KANAK-KANAK HILANG


Kawan Mama.. Miza telah kehilangan anaknya.. bukan seorang tapi dua orang.. mama harap kita sama-sama tolong war-warkan dan tolong berdoa agar mereka berdua ini dijumpai dengan selamat..

Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.

Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm. Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information. Thank you.


Hati mama pun terasa kosong bila mendapat berita ini.. apa lagi agaknya hati Miza...





Semuga segalanya akan berakhir dengan penemuan kedua-dua anaknya dalam keadaan sihat walafiat.. Amin... InsyaAllah.. Pada mu Allah swt kami berserah


Wednesday, 17-Jun-2009 13:03 Email | Share | | Bookmark
Sira Labu dan Acar Umbut Kelapa

sedang potong buah labu
buah labu yang dah dipotong dicuci
labu diselangselikan dengan gula
View all 15 photos...
Umbut kelapa memang mama suka makan.. tapi makan mentah gitu.. tak tau laa pulak boleh buat acar.. tapi kan .. sayang.. mama tak sempat nak interview mintk resipi.. hehehehe

Labu ni..memang mama tau kat sebelah pantai timur selalu sira.. tapi tak pernah tengok.. ni first time mama tengok.. tapi tak dan makan. hehehe.. bila dah penat.. semua tengok pun.. setakat tengok jerrr..

Labu kami gunakan 18 biji
Gula Pasir 10 kilo
Daun pandan...



Umbut mayang di umbut...


labu labi dibuat sira... sedap rasanya bagai nak gila..



Ayam Goreng Ganu.... sedappp dimakan panas2


rencah untuk goreng ayam


Buah cempedak di DALAM pagar.. hehehe


ni gulai terengganu.. mama lupa namanya


Resipi ayam goreng Jertih Ganu.. heheheh
(resipi asal dari orang Jertih)


ayam basuh bersih
potong laa ikut besar mana nak

bahan celup

tepung jagung
telur
serai dan halia (blend halus)
kunyit serbuk
garam
gula

minyak dan daun kari

celup ayam dalam tepung yang dah dibancuh dengan telur, serai, halia, kunyit, garam dan gula tu.. dan goreng dalam minyak dengan daun kari.

untuk elakkan ayam tu dari melekat kat kuali.. masukkan beberapa keping asam keping

yummy.. menjilat jari



Sunday, 31-May-2009 10:34 Email | Share | | Bookmark
Durian dan Bahulu.. bukan Bahulu Durian..

 
 
 
View all 9 photos...
Rasanya ini dah kali ketiga mama buat bahulu @ baulu.. tetapi bauluku tetap keras.. .. Naik elok.. gebu nampak.. tapi liat dan keras.. gula kurang.. tak manis.. tepung skit.. apa yang tak kena ekkk... hmmmmm biaq pilaaaaa.. meh makan durian.. hehehehehe




My 3 tier Wedding cake... ringan jerr cake ni.. kira budget cake laaa.. lebih kurang 3 kg.. 2 kg dan 1 kg... cake CMC, fondant decoration and edible flowers.




Asalnya mama nak buat white choc ganache.. tah apa tah silap.. cokelat ku mengganas.... tak menjadi...

Banyak cerita disebalik kek tiga tingkat ini.. tapi biarlaa cerita itu dalam lipatan cerita usang....chehhhh.....


Friday, 22-May-2009 09:16 Email | Share | | Bookmark
Takzirah dalam cerita

 
 
Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asyari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.


Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masng menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu'man, yang ketika itu usianya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu.

Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

"Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

"Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

"Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa." sahut Abu Hanifah.

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad-Dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialis dan ateisnya itu.

"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.
"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.
"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri semakin meninggi.
"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!", jelas Abu Hanifah.
"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.
"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.

"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: "Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"

Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?" Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!" Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.

"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.
"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit. Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya..." Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam!!! Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum.

"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.

"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," katanya. Dahri dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah.

"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat, Mazhab Hanafi.




Ok.. jom kita makan kek plak...



Sunday, 17-May-2009 02:38 Email | Share | | Bookmark
mother's day, teacher's day and birthday

 
 
 
View all 12 photos...
Pssttt.. mama demam.. selsema.. batuk.. tapiiii bukan H1N1 ekkk.. heheheh.. nanti lenkali laa citer-citer.. tengok gambar jerr dulu



Okay... dah baik skit.. walaupun kini gastrik pulak melanda.. heheheh.. mcm ada puting beliung dalam perut.. berputar-putar.. makan ubat gastrik bukannya sedap... mcm minum dan makan kapur tulis.. hehehe

Mama kan dah lamaa berkenan nak tiru design Ana Putrajaya.. entah mcm mana masa mother's day punya tempahan tu.. fuyooo.. habis mama tiru design Ana..hehehe..jangan marah ana.. izin dah mintak tahun lepas.. tapi baru sekarang boleh dapat mama buat...

Ehhh.. yang cekelat tu pulak.. hahahah.. tu laa dia.. lenkali..JANGAN BUAT COKELAT TENGAH MALAM... hahaha.. JANGAN BUAT TIME NGANTUK... JANGAN BUAT KALAU DAH PENAT... konon-konon nak cepat siap.. haa padan muka dapat Cokelat tak cukup botox.. adakah patut gi letak mould dalam freezer.. hahahaha.. bila curah jerr cokelat..mengeras laa dia tak sempat nak kasik dia golek2 dulu maka jadi laa cokelat pesen baru.. Tapi kan.. cokelat pesen ni laa anak-anak mama suka.. sebab dorang boleh makan perabis.. hehehehe.. dah tak jadi kannnn.. takkan nak jual lagu tu.. jadi jual kat perut dorang laaaa

Yang cokelat dalam kotak 4 tingkat tu.. diorder oleh Farah.. customer setia mama.. hehehe.. untuk hasbennya.. thank you Farah.. Farah dan kakaknya Rozita memang selalu order dari mama.. tu kapis baby shower dan kapis mini tu pun milik mereka... thanks Farah and Gee.. muaaahhhhzzzz

haaa.. tang chocolate dan bunga.. fuyooo.. order dari jauh tu.. ada orang tu order utk 'boyfren'nya.. siap soh hantar ngan bunga ros merah lagi.. luving you...

chocolate oreo dan lolichoc tu.. untuk anak2 mama dan order dari kawan-kawan mereka utk teacher's day... tapi rasanya.. perut dorang gak kot..






Chocolate pesen baru.. hahaha..



lolichoc and oreo choc


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net