By: mama zieza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 27-Sep-2009 10:24 Email | Share | | Bookmark
BRIQ

 
 
 
Mama tak tau laa apa nama yang sebenarnya.. dok dengar briq.. briq la jadinya hehehe.. sedap.. tapi awas... kolestrol yang tinggi dalam telur.. muahahaha

Nak buat senang jerrr

Quote:
Bahan-bahan

Beberapa keping kulit popiah saiz besr
Telur
Kentang yang dah direbus
Sardin
serbuk pepper dan
daun bawang ke.. daun sup ke
cili hidup hiris
Letak aje laa apa yang kita nak.. hehehe

Memula kita potong dadu kentang yang dah direbus tadi dan letakkan di tengah-tengah kulit popiah. letak jugak secarik dari daging ikan sardin tu.. renjis2 kan serbuk pepper dan letak laa daun2 tu...semuanya kita letak sikit-sikit jerr.. macam orang kedekut.. hehehe

oh ya sebelum tu.. panaskan minyak yang banyak.. ni kena goreng tenggelam tau...

Dah letak semua tu.. perlahan-lahan pecahkan sebiji telur dan terus lipatkan menjadi segitiga dan masukkan cepat ke dalam kuali tadi supaya ianya tidak pecah.. goreng sehingga kulit popiah tadi agak garing.. kemudian angkat dan serapkan minyak berlebihan di kitchen towel. Hidangkan dengan sos atau mayo.


Ni kalau buat bisnes.. mcm goreng pisang panas.. wa cakap lu... pernah mak sedara buat utk persatuan isteri-isteri polis (hehehe.. yalaa kot.. tak tau persatuan apa) sampai 150 biji telur digunakan.. hmmm tak larat menggoreng.. Ada yang beli berkali-kali tak puas makan...





Monday, 31-Aug-2009 12:17 Email | Share | | Bookmark
Juadah Simple Berbuka

 
 
 
View all 7 photos...
Gambar-gambar ni dah lama upload tapi nak menulis tu hmmmm... malas tahap gaban superman pencen...

Chicken Chop mama buat masa first day puasa... chicken chop simple giler... dah simple gambar pun dapat ambil satu jerr.. hahaha lain semua blurrrrrrrr .. lapar laa first day puasa kan.. heheheh...

Pulut seri Muka tu mama buat dua tiga hari selepas... menerai test lagi kukusan letrik yang mama beli dari chef asma. Mudah dan senang nak bersihkan.. resipi pun resipi sempoi.. heheheh...

Gambar rumah mama yang dah diubah suai.. gambar dalam takde sebab kosong.. so ambil gambar luar jerr


CHICKEN CHOP SEMPOI

Daging Ayam yang dah siap 'debone'
Lea & Perrins
Garam
Pepper
Black Pepper


Semua sekali tu mama perapkan kat ayam selama lebih kurang 2 jam.
(ikut suka laa nak perap berapa lama.. kan ni resipi sempoi... )

Golekkan ayam yang diperap tadi dalam tepung gandum,
Then celupkan dalam telur
Golekkan pulak atas bread crumb
Goreng... hmmm siap ayam

Sosnya

Tomato Sos
Cili Sos
Garam
Gula
Worcestoire Sos
Cendawan Butang di hiris nipis
Capsicum di hiris atau didadu
Bawang Besar di hiris atau dadu

Masak semua sekali. Campur air skit... hmmmm sedapp Boleh cicah roti bakar lagi.. hehehe

Curahkan atas ayam tadi.. lepas tu ngappppppppppp.... ehhh.. tunggu berbuka dulu ekkkk...


Friday, 28-Aug-2009 11:33 Email | Share | | Bookmark
MAMAZIEZA VERY OWN ORIGINAL CHOCOLATE TREASURE

 
 
 
View all 4 photos...
MAMAZIEZA VERY OWN ORIGINAL CHOCOLATE TREASURE







RM22/- per bottle of approx. 47 - 50 pcs. Untuk tempahan emel mama di mamazieza@yahoo.com


Tuesday, 25-Aug-2009 10:55 Email | Share | | Bookmark
CERITA TAULADAN

Salam semua.. Cerita contoh ni mama petik dari sanasinigitugini



Selasa, Ogos 25, 2009
MALAIKAT MENGIKAT ULAR DARI MEMATUK PEMUDA NAKAL

DALAM sebuah riwayat, dikisahkan bahawa pada suatu hari Nabi Isa as berjalan melalui sebuah kampung. Di kampung itu terdapat seorang anak muda yang sangat nakal. Namanya Qasar. Kenakalan melampau anak muda itu menyebabkan penduduk kampung memberitahu kepada Nabi Isa as, sebaik sahaja baginda sampai ke kampung berkenaan.

Penduduk kampung menceritakan kenakalan anak muda berkenaan yang sering menyekat punca sumber saluran air dan mengotorkannya dengan meludah ke dalam air. Mereka meminta Nabi Isa as supaya berdoa kepada Allah swt supaya pemuda nakal itu tidak lagi menganggu kesejahteraan penduduk.

Mendengarkan aduan pendudukan kampung, Nabi Is as pun berdoa: “Ya Allah, utuskanlah seekor ular, supaya pemuda nakal itu tidak kembali lagi ke kampung ini (mati).

Ketika itu, pemuda nakal sedang menghampiri tempat punca air untuk melakukan kerja nakalnya menghalang aliran air mengalir ke kampung. Dia membawa bersamanya bekalan berupa bungkusan mengandungi tiga keping roti. Sebaik sampai di punca air berkenaan, pemuda itu didatangi seorang ‘Ahli Ibadah’ yang kebetulan melakukan ibadat berdekatan tempat itu.

Ahli Ibadah itu memberi salam sambil berkata: “Adakah kamu membawa sesuatu yang dapat kamu berikan kepadaku. Atau kamu tunjukkan kepadaku sesuatu supaya aku dapat melihatnya, kerana aku tercium bau makanan yang sangat sedap baunya. Aku belum pernah memakan makanan sesedap itu.”

Tanpa banyak bicara Qasar memberikan sekeping rotinya kepada orang itu. Ahli Ibadah menerima roti itu dengan ucapan: “Mudah-mudahan Allah mengampuni dosamu dan membersihkan hatimu Qasar.”

Pemuda nakal itu terkejut bila Ahli Ibadah itu menyebut namanya, sedangkan dia tidak pernah kenal dan bukan pula penduduk yang sekampung dengannya. Lalu Qasar menghulurkan sekeping lagi roti miliknya kepada Ahli Ibadah itu dan kali ini Ahli Ibadah berkata: “Semoga Allah mengampuni dosa kamu yang lalu dan dosamu yang akan datang.”

Mendengarkan kata-kata sedemikian, Qasar memberikan sekeping lagi rotinya dan kali ini dia menerima pula kata-kata: “Mudah-mudahan Allah membangunkan untuk kamu sebuah istana di dalam syurga,” dari Ahli Ibadah berkenaan.

Setelah dia mendengar kata-kata Ahli Ibadah itu, dia pun membatalkan kerja nakal yang ingin dilakukannya dan kembali ke kampungnya. Melihatkan Qasar telah kembali, penduduk kampung memberitahu Nabi Isa as.

Nabi Isa as berkata: “Panggilkan dia kemari.”

Mereka pun memanggil Qasar untuk bertemu dengan Naib Isa as. Tanpa banyak bicara pemuda nakal itu datang menghadap Nabi Isa as.

Nabi Isa as berkata: “Wahai Qasar, katakan kepadaku apakah kebaikan yang telah kamu lakukan hari ini?”

Jawab Qasar: “Sebenarnya sewaktu saya pergi dekat tempat punca air untuk melakukan kerja seperti biasa, seorang Ahli Ibadah telah datang menghampiri dan dia berkata dia belum pernah memakan makanan yang berbau wangi seperti roti yang saya bawa. Maka saya pun memberikan kepadanya satu keping dan Ahli Ibadah itu berdoa untuk saya. Akhirnya saya memberikan ketiga-kita keping roti yang saya bawa kepada Ahli Ibadah berkenaan.”

Kata Nabi Isa as: “Wahai Qasar, bawakan ke mari bungkusan kamu itu.”

Maka Qasar pun memberikan bungkusan yang dibawanya kepada Nabi Isa as lantas Nabi Isa membukanya. Sebaik membuka bungkusan, Nabi Isa as dapati di dalamnya terdapat seekor ular hitam yang telah dirantai dengan besi.

Berkata Nabi Isa as: “Wahai ular hitam....”. Lantas dijawab oleh ular: “Ya Nabi Allah.

Berkata lagi Nabi Isa as: “Bukankah aku telah perintahkan kamu supaya mematuk orang ini?”
Jawab ular hitam: “Ya, memang benar tetapi, telah datang seorang Ahli Ibadah meminta makanan dari Qasar, dan Qasar telah memberikan kepadanya. Maka Ahli Ibadah itu telah berdoa kepada Allah swt sebanyak tiga kali dan ada malaikat telah mengaminkannya. Kemudian Allah swt telah mengutus malaikat lalu mengikat aku dengan rantai besi.”

Setelah Nabi Isa as mendengar kata-kata ular hitam itu lalu berkata: “Wahai Qasar, mulai sekarang kamu buatlah baik. Sesungguhnya Allah swt telah mengampuni dosa kamu.”



Dituleh oleh Hasnul Rahman pada 2:54:00 PM


Pengajarannya... pada hemat mama laaa... sejahat mana pun seseorang itu.. kalau sampai masanya berbuat baik.. dia akan berbuat baik Janganlaa kita ni sebagai manusia terburu-buru menghukum kita sesama manusia.. Tapi yang susahnya kita ni manusia.. hehehe.. nama pun manusia.. rasa marah .. benci.. dengki.. hasad memang tak lepas dari diri kita ini... .. Jangan kita mendabik dada dengan ilmu yang sedikit kita menghukum orang lain...


Thursday, 13-Aug-2009 12:33 Email | Share | | Bookmark
Cupcakes Untuk Nasywa

 
 
 
View all 4 photos...





[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net