By: mama zieza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 25-Nov-2009 16:07 Email | Share | | Bookmark
PULUT KUNING LAGI

 
 
 
View all 5 photos...
Last week on 18/11/09 mama buatkan Diana pulut kuning ni sempena majlis khatam qurannya di sekolah agama taman sardon, penang.

mama kukus 5 kg pulut.. tapi utk pulut bertingkat ni.. dalam sekilo lebih jerrr. yang lain dipack dalam bekas kecil2 utk dibahagi-bahagi pada tetamu dan murid2.. Lauk nya sepupu mama yang masak.. mama cuma kukus pulut jerrr.. hehehehe..

Sebelum lupa.. mama balut pulut tu dengan cling wrap supaya ianya tak kering bila lambat sgt nak dimakan nanti.. tu yang nampak berkilat semacam.. kalau tak.. tak laa ianya berkilat lagu tu.. biasa2 jerrr..


resipi pulut kuning

5 kg pulut
2 1/2 kg santan pekat
sedikit garam
sedikit gula
\asam keping
kunyit serbuk
pewarna kuning
air perahan limau


basuh dan rendam pulut selama 4 jam lebih kurang bersama-sama dengan asam keping dan perahan air limau tadi. Masukkan serbuk kunyit/kunyit hidup yang di blend dan ambil airnya... campur sedikit perwarna kuning... Selepas 4 jam, tos pulut dan kukus sehingga masak. turunkan dan kacau santan yang telah dicampur garam dan gula dan kukus sekali lagi sehingga pulut benar-benar masak.

Mama guna periuk kukus trio.








Tuesday, 10-Nov-2009 04:49 Email | Share | | Bookmark
Seronoknya bila berkumpul beramai-ramai

 
 
 
View all 46 photos...
Baru-Baru ni.. pada 15/10/2009. mama telah ke Kelang ke rumah kakak sepupu yang membuat kenduri kawen anak sulongnya...

Ramai laa sedara mara yang datang dan berkumpul... yang seronok tu. bila dah ramai2 tu.. macam-macam kerenah..

Tapi dalam suka ada gak duka.. ibu mama pening kena high blood.. hmmmm... tu pun degil gak tu.. masih teruskan kan urusan harian beliau .. payah nak tegur..

Pak Busu pulak diserang sakit kaki.. ghout ko... hmmm mcam2 ek... tapi tu semua tak menghalang kami semua bergembira bila dah berkumpul ramai-ramai tu.. lihat laa telatah2 mak-mak dan pak-pak sedara mama..


Ni Pengantin tengah potong 'dummy' cake di dewan.


yalaaaa.. za amik laa satu gambar..



Mak oiiii.. sabar pakcik oiii.. hehehe.. pisau tu utk potong kek.. bukan potong leher


Ya Busu... Pak Busu ada sorang jerr isteri..


Cupcakes dari Wondermilk




Kira jangan tak kira...


Serius nampak chef-chef ni bersembang


Nak dara rindu.. hehehe


Saturday, 7-Nov-2009 11:07 Email | Share | | Bookmark
CHOCOLATE SPREAD ALA MAS DES FONTAINE

 
 
 
View all 6 photos...
Dah lama anak-anak mama bising sebab tak buat lagi choc spread ala nuttela ni.. maunya nak buat.. sekali buat satu botol besar.. habisnya cepatttt...

Kali ni mama guna chocolate compound Berryls.. resipi mama ambil dari blog Sifu Chocolate mama.. Dr. Rahimah of Homechocs, memang sedap memang yummy... kalau nak lagi sedap.. pandai-pandai laa bega sendiri...



SAPUAN COKELAT ALA NUTELA - nama asal dari Dr Rahimah
- Homechoc Mas des Fontaine


70 gm hazelnut yang dikisar
50 gm madu
200 gm susu sejat (kalau nak lebih lemak gunalah double cream)
11/2 tbs mentega tanpa garam
250 gm coklat couverture hitam (jika tak suka pahit, boleh gantikan dengan coklat susu)

Panaskan susu, madu dan mentega mengunakkan kaedah double-boil
Setelah campuran itu panas, campurkan coklat yang telah dicincang. Gaul hingga sebati baru campur hazelnut.
Kemudian pukul campuran yang masih panas tadi dengan mengunakan handmixer pada takat tinggi selama 1 minit untuk mengebukannya.

Setelah sejuk simpan dalam peti sejuk semalaman. Untuk tahan lama produk ini mesti disimpan dalam peti sejuk

* Paling sedap jika dimakan dengan roti yang panas....Selamat mencuba!










Yang ni pulak assorted chocolates yang ditempah oleh customer mama Azman untuk adik angkatnya di USM




yang ni yummy... fillings dia kiwi dan rasa-rasa mint...



Friday, 30-Oct-2009 13:20 Email | Share | | Bookmark
Late Entries

 
oreo cheesecake
black and white cupcakes
View all 14 photos...
Lama mama tak update fotopages.. tak tau nak tulis amende.. blank dan kosong...Tengok gambar jerr laa ekkk.. ni semua projek-projek lama mama... dah lupa bila pulak mama buat semua ni.. almaklumlaa dan makin veteran.. hehehe

Ada Oreo Cheesecake, cokelat, Black and White Cupcakes, belajar buat baulu gulung.. yang digulung terbalik cheesetart, kek deepavali.. dan banyak lagi.. tapi tak tau mana gambarnya...


OREO CHEESECAKE
dari petibesi RNet



Bahan Base :

15 keping biskut oreo, ketepikan bahagian gula lalu dikisar

100gm mentega tawar dicairkan



Bahan Atas :

275gm cream cheese dibiarkan pada suhu bilik

125gm gula halus ( gula kastor )

½ sudu teh serbuk vanilli

1 butir telur ukuran besar

5 keping biskut oreo, ketepikan bahagian gula, hancurkan kasar



Cara Membuatnya :

Sediakan loyang.

Hancurkan biskut kemudian masukkan mentega cair, gaul rata hingga

tercampur rata.

Tuang ke loyang sambil ditekan-tekan dengan belakang sudu hingga

padat menutupi bahagian bawah loyang.

Simpan di peti sejuk selama ± 30 minit.

Panaskan ketuhar pada suhu 160 °C.

Pukul cream cheese, vanilli dan gula hingga lembut.

Masukkan telur lalu dipukul perlahan hingga semuanya tercampur rata.

Masukkan biskut oreo yang sudah dihancurkan kasar, gaul rata.

Tuang adunan ke dalam loyang yang berisi base biskut.

Bakar dalam ketuhar selama ±45 minit dan permukaan adunan mulai

mengeras. Angkat.

Sejukkan cheesecake hingga betul-betul lalu keluarkan dari loyang.

Sejukkan di dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam sebelum disajikan.









Friday, 2-Oct-2009 12:20 Email | Share | | Bookmark
EGG ON TOAST

 
 
 
View all 7 photos...
EGG ON TOAST
Semasa bulan puasa yang baru lepas... rasanya break rekod utk mama.. sebab mama hanya ke pasar ramadhan 1 kali saja.. selebihnya.. either masak sendiri atau pun beli kat gerai depan apartment jerr... tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.. hampir setiap hari kami ke pasar ramadhan.

Salah satu hidangan untuk anak-anak ialah Egg On Toast ni... Puas mencari untuk rujukan tak jumpa.. last-last.. ding-dong .. sape lagi kalau bukan MAMAFAMI.. hehehe.. MamaFaMi laa yang come to the rescue of Mamazieza.. hehehe

Anak-anak mama memang suka.. buat ni hampir satu bungkus roti habis.. so simple.. so sedap.. memang sedap... dah memang mama ni anak beranak suka makan roti... Dua hari berturut-turut buat.. huhu

Bila dah lubang-lubang kan roti tu..s ayang laa pulakkan hak yang kena potong2 tu..so mama buatkan sandwich gak















[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net