By: mama zieza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 8-Oct-2008 01:22 Email | Share | | Bookmark
Sedapnya Makan di Hari Raya....

asam pedas tetel
 
kad ucapan dari Edoras
View all 7 photos...
Di Hari Raya atau di petang sebelum raya, rasanya semua kita pun sibuk masak memasak juadah raya atau pun juadah nak makan untuk berbuka di hari akhir ramadhan.

Sebelum tu, terima kasih Edoras atas kad raya yang diberi, takpelaaa kena share pun.. hehehe.. kami ni mummy dan mama vogue..



Tahun ni, giliran beraya di Melaka. Tahun lepas beraya di Kelantan dan di hospital hehehe...

Kami bertolak ke Melaka pada hari Isnin 29/9/08 jam 5.30 pagi selepas bersahur di McDonald Bayan Baru Penang. Kenderaan ke selatan tak banyak, lancar jerrr.. tapi kenderaan ke arah utara, memang bizi gilerr.. bertali arus.. hanya tak nampak jam jerrr.. kalau jam pun.. ditol-tol.

Sampai di Melaka, kami singgah di Jaya Jusco untuk last minute membeli membelah dan juga beli barangan untuk buat karot kek yang dipesan oleh anak-anak sedara mama. Ada pulak orang jual daging lembu fresh (maksudnya dia gantung dan potong kat dalam jaya jusco lerr.. ) mama beli 'daging tetel' nak masak asam pedas. Beli skit jerr... sebab al maklum, che abang mama kan kena pantang daging yang berlemak-lemak.

Sampai di rumah kakak mama, dia tengah sibuk membuat kek kukus.

Petang tu, anak saudara mama dari Kuantan pun sampai dan alamak, dia pun ada beli daging tetel untuk masak asam pedas .. hahaha.. bertambah-tambah lemak.. . Macam biasa, untuk masak memasak ni mama main hantam saja, so mama serahkan pada anak saudara mama, resipi tetap sama, tapi air tangan tu lain-lain.. hehehe... separuh lagi daging tu kami buat sup. Mak oiiiii..... tapi gambar-gambar hilang laa pulak.. tah mana anak2 mama save pun mama tak tau.. hahahaha...Selain dari asam pedas, sup, ada mee sup, ada lemang dan juga ikan patin steamed. Ahh tak lupa 'ikan goreng busuk' Ikan masin jeruk leeee

Asam Pedas Daging Tetel

Daging Tetel
Cili Boh/Giling/Blend
Kunyit Hidup
Asam Jawa
Serai
Lengkuas
Daun Limau purut
Belacan skit.. kang tak kick plak hahahah

Tumis cili dan bawang sampai garing, bukan hangit ekkk.. pastu masuk kan serai lengkuas (lengkuas ni. terpulang laa kalau nak blend pun boleh, kita tumis sekali dgn cili, atau kita ketuk2 jerr dan masukkan dengan serai nanti). Masukkan juga daun limau purut tu.

Pastu masukkan daging tadi dan biar air daging tu keluar dan reneh sat. Kalau dah kering sangat, masukkan air skit. Agak-agak dah empuk, curahkan air asam jawa. Korang agak-agak laa ekkk.. jgn kang masam cam cuka plak. Masukkan garam secukup rasa dan kalau guna pak aji, masukkan pak aji skit. Kecairan kuah tu, ikut suka laa ekkk.. mama tak suka asam pedas yang pekat sangat.. suka yang moderate cair gitu.. baru kick... Masa berbuka, selalu tak makan nasi, tapi hari tu, dua pinggan nasi.. Mujur ada orang peringat "Mama, nanti lepas pose ni, mama kena diet, nanti gemuk" adushhhh.. berdesing telinga ku.. muahahaha.. Nadia.. nadia...

Nak lagi sedap, buat sambal belacan perah limau kasturi.. gerenti, mak mertua lalu depan ke belakang ke tak nampak punya...






Utk Hari raya, macam biasa juadah mama, ketupat, rendang dan sambal udang.









Malam raya tahun ni, sakit kepala dan telinga ku.. adoiiiiiiiiiiii.. berdentam dentum anak-anak sedara membakar duit beli mercun. Kita yang kat dapur ni punya laa risau takut polis datang.. dorang cam buat tak tau jerrr.... Yang main tu bukan budak-budak lagi.. yang dah jadi professor 2 orang, yang dah kerja dan beranak pinak toksah citer laaaa.. yang kanak-kanak ni.. dok melompat-lompat kegembiraan dan syiok main bunga api. Kata my uncle dari Bukit Aman tu, polis tak tangkap... tapi kang kalau kastam datang, korang jawab... aku tak tau.. hahahaha.. sebab tahun ni dia tak bawak balik mercun... . So tahun ni, yang berdentam dentum, on my adopted side, my real family side.. senyap.... last two years, dorang yang bising.... Seronok tau balik raya dua tahun sekali.. heheheheheheh...

Hari Raya pertama, mama dan famili solat Raya di Masjid Ujong Pasir, lepas tu ke rumah arwah nenek (kat sini semua family mama (my real one) berkumpul) kat Ujong Pasir gak, then ke rumah ibu mama dan rumah mak saudara suami mama di Ayer Keroh.

Masa famili kakak mama yang chinese tu datang, mama takde, tapi nampaknya habis ketupat dan rendang mereka makan. Cuma yang kakak sulong kakak mama jer yang datang malam masa mama ada. Bila dia nampak mama ada, tau tak apa katanya... "Hai Kiah, adik you ada, pasal apa tak buat mi goreng?" Hahahaha.. rupanya dia ingat mama buatkan dia mi goreng bodoh two years back. Tahun tu, semua ketupat dan rendang dah habis masa dia datang, tak sempat kami simpankan untuk mereka satu famili. Jadi mama pun singsing lengan baju goreng mi bodoh.. . Siap pesan tahun ni, nanti in 2010 punya raya, kalau panjang umur, dia nak mama buatkan Laksa penang.. kahkahkah... takpe.. mama ada 2 tahun untuk belajar buat...

Pening korang baca ekkk. yang chinese laa segalanya... Actually both my sister and me ni anak angkat to my family angkat.. hehehe.. my sister anak cina, mama anak melayu.. And yang keluarga angkat mama pulak dari keturunan DKK... peranakan India.. hehehe.. bayangkan.... Selalu sangat masa dolu-dolu ramai bertanya.. "Zah, kenapa you dan kakak you putih.. family you yang lain, gelap?" Jawapan senang mama, "Aku lahir masa bulan terang, dorang masa gerhana"... Dan panggilan untuk mama dari anak-anak sedara di Melaka is either Mami di belah keluarga angkat mama dan Makngah di belah my real family. Kalau di Kelantan, mama jadi 'Aunty' dan alam cyber inilah dia 'Mamazieza'

Mama balik ke Penang pada 5/10/2008, kami start awal jugak untuk elakkan jam di jalanraya. Lebih kurang 7.30 pagi dah mulakan perjalanan. Breakfast di Kopitiam kat Perhentian Sungai Buluh.

masih pening mencari gambar-gambar mama yang lain... manalah anakku savekan..

SEMBANG NGAN MAMA!!!!!!!!!


Quote:
Zira - Salam Zira.. huhuhu.. nak ke gurun tu.. hehehe.. kena tunggu lerrr..

MamaFaMi - Hish..hishhhh.. apa laa MF ni.. hehehe.. mesti mengigau masa berYM... Takpelaaa nak wat camner.. kita tunggu raya tahun 2010

MakLang - Alahai maklang.. maklang masak lagi sedappp.. mama ni cincai jerr masaknya

KakLiza - Kak Lizaaaaaaaa... dah balik Ganu ke??? Buat kak liza jgn tak buat..hehehe...

Ayuwajah - mama dah ayu kotttttttttttt!!!!!

Mummy Jam - hahaha.. mama ni hantam saja jerr.. pastu, minum air limau kasturi.. Tak pun kita buat limau ais letak asamboi.. biar masam2 skit.. fuhhhhhhhhhhhhh... terangkattt...

MaDiHa - Selamat Hari Raya MaDiHa....

Uja - Uja nak kena saman tau... MamaFaMi tu lagi The Great Mana laa sama ngan mamazieza.... Rendang Ayam tu ada kalau tak silap mama dalam P ni.. takpe nanti mama tempek semula ya.. cuma Uja kena pandai-pandai laa ejas.. hahaha.. mama main campak2 jerrr....

Pat - Mama memang tak gomar asam pedas yang byk rempah.. dah jadi mcm gulai pedas laa pulak... baik laa buat yang mcm kita punya simple2 ni.. hasben mama pun suka makan asam pedas daging compare to ikan...

LynnHassan - takmo singgah melaka ekkk.. huhuhu... mama nak try buat asam pedas tulang plakkkk

Rozamy - Salam Lebaran utk Amelia gak... Sakan tu tak laa sakan. tapi Sakan laa jugak






Saturday, 4-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA

 
 
 
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN UNTUK SEMUA. Tak terlambat lagi kan???

Terima kasih pada semua yang menghantar kad-kad ucapan Hari Raya tak kiralaa melalui siber atau melalui pos... Mama mintak maaf ya, sebab tak membalasnya. Dari minggu ketiga puasa sampai laa ke hari ketiga raya, mama memang tak dan nak lepak kat komputer.

kalau ada lagi kad raya yang mama lupa ambil tu jangan marah yaaaa... mama terima dengan hati yang terbuka dan dengan ucapan ribuan terimakasih SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Takde sape nak beri duit raya ke???? huhuhu...

Ingat dulu-dulu, kalau pasal kad raya ni selalu berlumba tengok sape dapat paling banyak. Yang paling malas jawab kad raya.. hehehehe.. mama lerrr... maklumlaaa, kita dapat duit sekolah 50sen pastu mana cukup nak beli kad raya dan stem. Kalau kad raya dan 30 sen satu, stem dulu 10 sen, pastu nak simpan duit nak beli mercun lagi, bunga api lagi... last-last, kengkawan tak hantor kad raya.. hahahaha.. padan muka aku...

Walaupun kad raya tak byk diterima, tapi raya tetap meriah dengan kunjungan kawan-kawan. Betapa meriahnya hari raya masa di zaman persekolahan... Kalaulaa jam ni boleh berputar semula.. hehehehe... ni bukan apa... laa ni dah rasa cam dah 'veterinar' wakakakakaka...





Raya tahun ni, mama tak banyak berjalan raya.. lebih di rumah dari beraya di rumah sedara mara atau kengkawan.. kenapa?? tak tau lerrrr..... Kepenatan kot.. penat pasal apa ekkk???? hmmm.. semekut pun tak buat banyak.. hahaha.. penat.. penat keluar duit kot.. hahahahahahaha


Thursday, 18-Sep-2008 23:49 Email | Share | | Bookmark
Nasi Briani Beras Shan

 
 
 
View all 5 photos...
Sebenar-benarnya, beras ni dah lama sangat dalam simpanan mama, haha tahu ajelaa mama n, kalau tang masak memasak ni ada Che Lem sikit.. . Arwah Joe beri mama beras ni
masa gathering di rumah Jeni 2 tahun lepas.. (ssshhhh. 2 tahun tu... heheheh) Al Fatihah untuk Joe, Susan dan anak yang dalam kandungannya (mereka meninggal dalam kemalangan tahun lepas)

Beras Shan ni datang dengan rempahnya.. tapi mama tak guna rempah tu, tapi mama buat paste beriani sendiri yang memang mama frozenkan, senang nak guna bila datang kerajinan memasak.. hehehehe


Paste Briani (sukatan main agak-agak tau)
Resipi asal - Mak Sedara Ku Sharifah


5 biji tomato
6 labu bawang besar
halia
bawang putih
satu gelas tairu (susu yang dicampurkan dengan perahan limau nipis)
1 biji buah pala (utk wangi)
1 peket rempah briani (suka hati laa nak guna brand apa)
Cili merah, buang biji dan potong panjang
Kunyit serbuk
garam dan gula

3 biji bawang besar di tumbuk kasar dan dtumis bersama halia dan bawang putih yang ditumbuk atau blend dan rempah briani dan sedikit air. Masukkan tomato yang dipotong lima, bawang besar yang dimayang dan cili yang dipoton panjang tadi. Bila dah naik wangi, masukkan. tairu tadi dan kacau pelahan-lahan. Agak-agak dah mendidih.. kalau terlalu pekat tambah sedikit susu lagi, masukkan biji buah pala (ambil isi dari dalam biji pala tersebut), garam, gula secukup rasa dan jugak serbuk kunyit utk ada warna. Tambahkan sedikit air dan badam serbuk sedikit, biar mendidih.

Bila nak guna utk masak nasi, agak2 laa brapa banyak yang nak digunakan. Beras brian dibasuh dan ditoskan. kita tumis semula bahagian paste yang nak digunakan dan masukkan beras tadi dan kita ala-ala goreng laa dia.. Dah sebati, masukkan dalam rice cooker dan masukkan air dan susu cair sedikit, sukatan air campur susu tu, biar sama dengan sukatan air utk masak nasi. Utk beras briani, ianya agak memerlukan banyak cecair skit.

Mama suka beras Shan ni, sebab beras nya halus panjang dan lembut. Teringat makan Kabshah di Mekah.. huhuhu..


pssttt... mama ni tak pandai memasak.. jadi korang pepandai laa agak2 ekkk.. heheh.. resipi tu sebagai panduan jerrr..



daging goreng


ayam masak merah


bungkusan beras shan yang mama gunakan



Monday, 15-Sep-2008 14:19 Email | Share | | Bookmark
Award lagi


Ini dari WaWa

tkasih wawa... muaaaaaaaaahhhhhzzzzzzzz




Monday, 8-Sep-2008 13:10 Email | Share | | Bookmark
Macam-macam ada....

tiramisu
hazelnut coffee cheeseake
chocolate cake
View all 5 photos...
My first big cartoon cake and it is SNOW WHITE which is not snowy when mama did it.. hehehehe





Tiramisu
Resipi dari FP Eliana

9 pieces sponge fingers

Filling
2 egg yolks
60gm caster sugar
50ml milk
1/2 tbsp gelatine(dissolved in 30 ml water, melted by double-boiling)
250gm mascorpone cheese at room temperature
125mls UHT whipping cream(whipped)

Coffee Syrup
2 tbsps instant coffee powder
4 tbsps caster sugar
90 mls hot water
2 tbsp nescafe gold- ni additonal Ana tambah

Decorate: some cocoa powder

Method:

1. Place egg yolks, sugar and milk in a double boiler. Mix over simmering water. Stir until slightly thickened. Leave aside.
2. Dissolve gelatine in water over simmering water. Add into(1).
3. Stir mascorpone cheese with a spoon untuil soft. Add in (1) and cream until well-combined.
4. Soak sponge fingers in coffee syrup. Place sponge finger into glasses. Pipe in filling to fill half of each glass. Place more sponge fingers on cheese filling. Top with cheese filling. Chill until set. Dust with cocoa powder before serving.
5. Coffee syrup : Dissolve coffee powder and sugar in hot water.



Chocolate Cuppies


Decorated Cookies


Lately gambar-gambar yang mama ambil makin tak lawa.. hahahaa... blur dan makin blurrrr



Baked Hazelnut Cheesecake


Bake Hazelnut Coffee Cheese Cake
- Mamazeza

Untuk base

150 gm butter
30 gm gula perang
1 sudu besar nescafe/instant coffee dicampur dgn 1/2 sudu besar air.. (jadikan pes)
200 gm digestive biscuits (Mc Vities) - hancurkan dan lumatkan....
50 gm kacang hazelnut.. halus

60 gm cooking cekelat dicairkan


Gaul biskut, kacang, gula, nescafe dgn butter tu tadi. Tekankan ke dalam acuan springform berukuran 8 x 8 inci.

Ratakan cokelat yang telah dicairkan... Simpan dalam esbox sat.


Fillings

500 gm Philadelphia Cream Cheese
130 gm gula kastor
2 1/2 sudu besar instant cofee
20 gm tepung jagung
50 gm kacang hazel (halus)
4 biji telur (dipecahkan terlebih dahulu dan kacau-kacau sikit)
300 ml whipping cream


Cream Cheese di keluarkan dari peti es lebih kurang 1 - 2 jam sebelum digunakan supaya dalam keadaan suhu bilik dan tidak akan berketul bila kita memutarnya.

Putar Krim Cheese dgn gula sampai kembang. Masukkan kacang dan tepung. Masukkan nescafe yang dibancuh dgn 2 sudu besar air panas. Masukkan tepung dan masukkan telur. last masukkan whip cream tadi dan kacau hingga sebati... Tuang ke atas base tadi. Buatlah design atas cake tu kalau nak.. tak nak tak perrr...


Bakar secara bain marie....lebih kurang 45 minit ke 1 jam. pastu tutup api oven dan biarkan kek tu di dalam oven... sekurang-kurangnya 1 jam atau pun seelok-eloknya semalaman.. hehehehe...dah sejuk baru kuarkan dari acuan... kalau tak jadi kek gunung berapi meletup.


PERHATIAN

Acuan Spring Form tadi hendaklah di balut dgn aluminium foil sebelum letak ke dalam bekas yang berisi air. Kang basah plak kek tu...





[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net