Want your
own Fotopage?





















 


By: mama zieza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 18-Sep-2008 23:49 Email | Share | | Bookmark
Nasi Briani Beras Shan

 
 
 
 
 
Sebenar-benarnya, beras ni dah lama sangat dalam simpanan mama, haha tahu ajelaa mama n, kalau tang masak memasak ni ada Che Lem sikit.. . Arwah Joe beri mama beras ni
masa gathering di rumah Jeni 2 tahun lepas.. (ssshhhh. 2 tahun tu... heheheh) Al Fatihah untuk Joe, Susan dan anak yang dalam kandungannya (mereka meninggal dalam kemalangan tahun lepas)

Beras Shan ni datang dengan rempahnya.. tapi mama tak guna rempah tu, tapi mama buat paste beriani sendiri yang memang mama frozenkan, senang nak guna bila datang kerajinan memasak.. hehehehe


Paste Briani (sukatan main agak-agak tau)
Resipi asal - Mak Sedara Ku Sharifah


5 biji tomato
6 labu bawang besar
halia
bawang putih
satu gelas tairu (susu yang dicampurkan dengan perahan limau nipis)
1 biji buah pala (utk wangi)
1 peket rempah briani (suka hati laa nak guna brand apa)
Cili merah, buang biji dan potong panjang
Kunyit serbuk
garam dan gula

3 biji bawang besar di tumbuk kasar dan dtumis bersama halia dan bawang putih yang ditumbuk atau blend dan rempah briani dan sedikit air. Masukkan tomato yang dipotong lima, bawang besar yang dimayang dan cili yang dipoton panjang tadi. Bila dah naik wangi, masukkan. tairu tadi dan kacau pelahan-lahan. Agak-agak dah mendidih.. kalau terlalu pekat tambah sedikit susu lagi, masukkan biji buah pala (ambil isi dari dalam biji pala tersebut), garam, gula secukup rasa dan jugak serbuk kunyit utk ada warna. Tambahkan sedikit air dan badam serbuk sedikit, biar mendidih.

Bila nak guna utk masak nasi, agak2 laa brapa banyak yang nak digunakan. Beras brian dibasuh dan ditoskan. kita tumis semula bahagian paste yang nak digunakan dan masukkan beras tadi dan kita ala-ala goreng laa dia.. Dah sebati, masukkan dalam rice cooker dan masukkan air dan susu cair sedikit, sukatan air campur susu tu, biar sama dengan sukatan air utk masak nasi. Utk beras briani, ianya agak memerlukan banyak cecair skit.

Mama suka beras Shan ni, sebab beras nya halus panjang dan lembut. Teringat makan Kabshah di Mekah.. huhuhu..


pssttt... mama ni tak pandai memasak.. jadi korang pepandai laa agak2 ekkk.. heheh.. resipi tu sebagai panduan jerrr..



daging goreng


ayam masak merah


bungkusan beras shan yang mama gunakan


Warisan tradisi mengiring kemodenan
Tangan dihulur mohon kemaafan
Semoga ikatan kekeluargaan
Dan jalinan persahabatan
Kian erat dan terus berkekalan
Selamat Hari Raya AidilFitri
dan Maaf Zahir Batin dari ZIRA sepanjang perkenalan kita

pstt ma..sedappp sekut buah pinggang tu
Fri 26-Sep-2008 06:03
Posted by:zira  - [Link]
assalamualaikum Ma... lama tak singgah sini ya ma. Selamat menyambut hari raya ya Ma. maaf zahir batin. Balik Melaka berapa hari.?

Jemput ke FP saya Ma ada kad raya untuk mama.
Fri 26-Sep-2008 08:15
Posted by:misliha misscreativecakes@yahoo.com  - [Link]
mama....Selamat Hari Raya...sedap laa cuppies aritu....sume org kat MIMOS nie puas hati..... Sun 28-Sep-2008 10:45
Posted by:riza  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Monday, 15-Sep-2008 14:19 Email | Share | | Bookmark
Award lagi


Ini dari WaWa

tkasih wawa... muaaaaaaaaahhhhhzzzzzzzz



selamat berhari raya mama .. semoga syawal ini membawa seribu erti buat mama sekeluarga Thu 18-Sep-2008 07:19
Posted by:ieda pahang ieder_immi@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 8-Sep-2008 13:10 Email | Share | | Bookmark
Macam-macam ada....

tiramisu
hazelnut coffee cheeseake
chocolate cake
View all 5 photos...
My first big cartoon cake and it is SNOW WHITE which is not snowy when mama did it.. hehehehe





Tiramisu
Resipi dari FP Eliana

9 pieces sponge fingers

Filling
2 egg yolks
60gm caster sugar
50ml milk
1/2 tbsp gelatine(dissolved in 30 ml water, melted by double-boiling)
250gm mascorpone cheese at room temperature
125mls UHT whipping cream(whipped)

Coffee Syrup
2 tbsps instant coffee powder
4 tbsps caster sugar
90 mls hot water
2 tbsp nescafe gold- ni additonal Ana tambah

Decorate: some cocoa powder

Method:

1. Place egg yolks, sugar and milk in a double boiler. Mix over simmering water. Stir until slightly thickened. Leave aside.
2. Dissolve gelatine in water over simmering water. Add into(1).
3. Stir mascorpone cheese with a spoon untuil soft. Add in (1) and cream until well-combined.
4. Soak sponge fingers in coffee syrup. Place sponge finger into glasses. Pipe in filling to fill half of each glass. Place more sponge fingers on cheese filling. Top with cheese filling. Chill until set. Dust with cocoa powder before serving.
5. Coffee syrup : Dissolve coffee powder and sugar in hot water.



Chocolate Cuppies


Decorated Cookies


Lately gambar-gambar yang mama ambil makin tak lawa.. hahahaa... blur dan makin blurrrr



Baked Hazelnut Cheesecake


Bake Hazelnut Coffee Cheese Cake
- Mamazeza

Untuk base

150 gm butter
30 gm gula perang
1 sudu besar nescafe/instant coffee dicampur dgn 1/2 sudu besar air.. (jadikan pes)
200 gm digestive biscuits (Mc Vities) - hancurkan dan lumatkan....
50 gm kacang hazelnut.. halus

60 gm cooking cekelat dicairkan


Gaul biskut, kacang, gula, nescafe dgn butter tu tadi. Tekankan ke dalam acuan springform berukuran 8 x 8 inci.

Ratakan cokelat yang telah dicairkan... Simpan dalam esbox sat.


Fillings

500 gm Philadelphia Cream Cheese
130 gm gula kastor
2 1/2 sudu besar instant cofee
20 gm tepung jagung
50 gm kacang hazel (halus)
4 biji telur (dipecahkan terlebih dahulu dan kacau-kacau sikit)
300 ml whipping cream


Cream Cheese di keluarkan dari peti es lebih kurang 1 - 2 jam sebelum digunakan supaya dalam keadaan suhu bilik dan tidak akan berketul bila kita memutarnya.

Putar Krim Cheese dgn gula sampai kembang. Masukkan kacang dan tepung. Masukkan nescafe yang dibancuh dgn 2 sudu besar air panas. Masukkan tepung dan masukkan telur. last masukkan whip cream tadi dan kacau hingga sebati... Tuang ke atas base tadi. Buatlah design atas cake tu kalau nak.. tak nak tak perrr...


Bakar secara bain marie....lebih kurang 45 minit ke 1 jam. pastu tutup api oven dan biarkan kek tu di dalam oven... sekurang-kurangnya 1 jam atau pun seelok-eloknya semalaman.. hehehehe...dah sejuk baru kuarkan dari acuan... kalau tak jadi kek gunung berapi meletup.


PERHATIAN

Acuan Spring Form tadi hendaklah di balut dgn aluminium foil sebelum letak ke dalam bekas yang berisi air. Kang basah plak kek tu...




cheesecake yg menggoda kalbu Wed 17-Sep-2008 01:58
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Selamat menjalani ibadah puasa dan bakal menyambut Hari Raya Aidil Fitri.... Sibuk dok buat biskut raya kot sampe lupa nak update fp no....mesti testing mama punya hazelnut cheese cake. Kalau x ada hazel bubuh pecan ok tak? Wed 17-Sep-2008 05:19
Posted by:EeZa farieza3110@yahoo.com
salam..tumpang lalu..tq.. http://www.jutawanceramic.com/myceramic Mon 22-Sep-2008 14:44
Posted by:quakecollections  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Saturday, 6-Sep-2008 12:35 Email | Share | | Bookmark
Selamat Berpuasa dan Selamat Berterawikh dan Award-Award

Salam semua

Terimakasih atas komen-komen kengkawan .. tapi mama tak sempat nak menjawabnya.. hehehe.. al bizi.. al mantoya.. al tidurrrrrrrrrrrr....

Mama mintak ampun mintak maaf kerana lambat mengambil award-award yang dianugerahkan.. almaklum bila masuk bulan puasa.. bukan bulan saja puasa tau..hehehe.. mama sibukkkk...sibuk menyibukkan diri..

Memula dari Cek De Sam




dan dari Cek De Sam lagi hehehehe

Image

IedaPahang Gambar IedaPahang mama tak boleh copy laaaa..hehehe.. tapi thank you.. soo muchhhhhhhh.. muaahhhhzzzzzzzzzzz....


Memandangkan kita masih lagi di dalam bulan puasa dan masing-masing pun sibuk..mama nak jadi tamak haloba.. mama nak simpan sume award ni sorang.. hehehhe

simpan le... tapi kalau ada biskut raya lebih jgn simpan sorang Tue 9-Sep-2008 03:05
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Add comment


Friday, 22-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Award Berantai

Mama got this award from Edoras.





These are the rules of the award ~

1. Choose five blogs you consider deserving of this award. (Creativity, interesting material, etc.)


2. Each award includes the name of the owner of the blog and his/her link.


3. Each award winner has to show the award and put the name and link to the blog that has given her or him the award itself.


4. Award winner and the one who has given the prize have to show the link of “Arte y Pico” blog, so everyone will know the origin of this award.



Okay.. 5 blogs yang mama rasa deserve the awards areee.. ishh 5 ni sikit tau.. sebab kalau ikut mama.. semua blog dan fp patut dapat award ni... Ni mama kena ozooommm.. baling buah dadu..


1. umi-kal.- suka sangat kalau hasil tangan umi-kal
2. Jie Jie. - punyalaa banyak herba dan ulam-ulaman
3. LeeLin. geram dengan kucingmu..heheh
4. Rinnchan. - ni pakar menerai resipi dan mengambil gamar
5. Soulha. - pakar masakan Arab

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa mamazieza... Sat 6-Sep-2008 08:54
Posted by:Mamasya  - [Link]
salam mama .....tak terlewat rasanya nak ucap selamat menjalankan ibadat puasa ... saya baru je balik dari ipoh.. kemas apa yang patut barang yang tertinggal hari tu yang tak sempat naik lori ...

Daalia
http://lea-oven.blogspot.com/
Sun 7-Sep-2008 10:47
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
inginkan pendapatan sehingga RM50K++ dengan bermodalkan hanya RM50.00??
jika ya klik http://www.ekoleksi.com/atapnipah
ini bukan skim cepat kaya,bukan MLM atau seumpamanya. Cubalah dan nikmati hasilnya,
Mon 8-Sep-2008 08:16
Posted by:hafifi atapnipah1@yahoo.com  - [Link]
View all 26 comments Add comment


Wednesday, 20-Aug-2008 14:36 Email | Share | | Bookmark
MY SIGNATURE BISCUITS

 
Ramai sangat yang menalipon, ym dan emel kepada mama bertanyakan sample biskut raya... malangnya, tahun ni rasa macam berat sungguh nak berniaga. Maklumlah, semua barang dah naik harga dari tepung, gula dan yang ketara bagai nak gila Butter dan Majerin.

Nak letak harga pun serba salah. Kalau harga tinggi takut laa pulak orang dok kutuk mahal, tapi kalau rendah laa pulak, duit penat pun tak boleh lepas.

So untuk SEMENTARA WAKTU.. mama hanya letakkan Signature Cookies Mama - The Chocolate Treasure Cookies.

Harga Tahun 2008 : RM23/- = 50 pcs


Popiah Manis (Horlicks dan Nestum)
RM20/- sekilo.

yang lain-lain akan menyusul selepas mama balik dari Sunway.. hehehe



SEMBANG NGAN MAMA!!!!


Quote:
RinnChan - masa travelling memang kurang.. tapi masa kerja dah jadi panjang..hehehe

Nurmuzlina - hehehe.. betul tu rezeki jgn ditolak.. tapi cuma tahun ni mama kurengkan skit..

Zira - Kerna terpaksa.. hahahahahahaha .. ya.. akan mama buatkan...

Umi-Kal - Cuba laa biskut ni.. a bit sweet tapi kena makan ngan base sekali baru tak terasa ke'sweetan'nya.. hehehehe

Amelia - Alhamdulillah.. selalunya memang biskut ni yang nombor satu...

Ieda - sekali2 berjalan Ieda.. hehehe

Anna - hehehehe.. mama pun 'malas buat' tapi 'terpaksa gak buat'

Arazz - hehehe.. memang sedappp tapi bagi mama dah tak sesedappp lagi dah terlalu lama makan.. hehehe..

Nasreen - heheh kalau rindu sebut laa nama ku...

Sharrie - boleh saja.. emel kat mama... mama dah beri nombor fon kan...

Maklang - huhuhu... terer laa maklang.. hehehe salute sama lu....

tokey tudung - boleh.. boleh....

Sufiana - kos penghantaran RM10/ minima for kukis yang tak lebih dari 3 kg beratnya Kalau nak emel mama yaaaaa...

Mummy Jam - hehehe.. anak2 mama pun.. yang Nadia suka makan biskut dia yang pahit tu...

Min - boleh Min.. mama dah biasa hantar sampai ke Singapura

kak jie jie - memang nampak dan rasa sedapppp

Edoras - huhuhu.. kena rantai ke?????

Ieda - ada award lagi ekkk.. hehehehe

Ida Merpati - hehehe.. nak buat camner dah perangai orang lagu tu.. ciplak resipi takpe lagi.. ciplak gambar tu yang tak tahan...

Nisa - Nanti mama carikan ya.. email kepada mama your email address...








Scrol ke bawah yaaaa!!!!


salam mama...
zanzila nih, ingat lagi x?? bole lagik ker zan nk oder ur specialty cookie tuh...bole la erk..??
zan br blk training 6 mos...hehe, dapnyer..
Thu 4-Sep-2008 10:24
Posted by:UmyQaisa@aliznaz
Mama..tumpang iklan brooch and accessories ya....
Bizkizz jual brooch murah2 sajor...
Sun 7-Sep-2008 21:45
Posted by:TaukeyBizkizz raihan790@yahoo.com  - [Link]
Alamak..lupa plak linknya... http://bizkizz.blogspot.com/ Sun 7-Sep-2008 21:46
Posted by:TaukeyBizkizz raihan790@yahoo.com  - [Link]
View all 24 comments Add comment


Tuesday, 12-Aug-2008 14:08 Email | Share | | Bookmark
Singapore Part II

 
 
 
View all 14 photos...
Sorry laa .. lambat pulak tempek gambar bakery items yang mama beli kat Singapore hari tu... tak banyak mana pun.. sebab pakai baju takde poket.. jadi Sing Dolah pun takde.. mama byk ada Ringgit Mahathir...

Sambung cerita, LynnTahir dan Zeenath bawa mama ke .. memula sekali Bake it Yourself....(BIY). Haa kat situ.. banyaknya barang-barang Wilton, rasanya kalau boleh laa..memang nak beli dengan kedai-kedai sekali.. huhuhu... dasat oooo.. tak tertahan rasa hati ni... nasib baik setiap kali nak membeli, mama convert duit ke dalam RM.. takut oooo.. kang terlebih belanja kena jual pulak.. . Lepas tu kami pergi ke satu kedai.. mama tak ingat nama.. ianya kat dalam shopping complex, barang-barang kat situ pun banyak berlambak.. TETAPI awas kawan-kawan.. harganya.. hahahaha.. kalau tak compare memang terkena.. ada barang yang beza sehingga 4 dan 10 Sing Dolah. Kat situ mama tak beli apa-apa sebab kebanyakan yang mama lihat harganya lebih mahal dari BIY.

Kemudian, kami pergi makan..... yang bestnya kali ni, kami ni.. tak ingat langsung nak bergambar, sebab semuanya nak cepat.. al maklum jadual orang malaysia ni padat.. hahahahaha... . Lepas makan.. alamak.. dah dekat jam 2.00 petang. Kami ke Sun Lik... di sini mama banyak beli paper product.. alaaa paper cups laaa.. hehehe.. dan bekas-bekas container plastic tu... mostly barangan yang mama beli, yang payah nak jumpa kat KL dan Penang ni.. alang-alang dah pergi Singapura beli laa ekkk

Then.... kami rush balik ke hotel, ambil che abang sayang.. hehehe... sebab dah janji dia, mama balik jam 3.00 petang... Ajak dia sekali pergi membeli membelah.. Mujur hasben mama ni.. jenis sporting dan tak kisah. So dia laa sorang tok imam dalam kumpulan kami. . Lynn bawak mama ke Star Met di Jurong. Di sini kan.. mama dah mabuk.. mabukkkkkk I kata you... The shop is really like a warehouse... penuh dengan barangan.. penuh sungguh... tapi poket mama dah tak penuh huhuhu... tapi mama beli gak.. paper cups yang odd shapes.. square dgn penutup, oblong dan solo cup (souffle cup) yang 1 oz. hasben mama tunjuk gak barang-barang yang lawa.. dan murah gak.. tapi disebabkan barang tu boleh dapat di Malaysia.. tak mo arr beli.. nanti kempunan barang yang takde...

Nak nangis mama tau.. hehehe.. ni fotopages main2 ngan mama.. wakakaka. dah update.. tapi tak boleh save,, huhuhu

Di sana mama jumpa dengan UmiImah.. hehehe.. rupanya beliau pun tengah sopping.. hehehe.. UmiImah ni terkenal ngan tat nenas nya.... huhuhu

Lepas tu, kami pergi makan di Food Court... kat situ kebetulan mama dapat berjumpa dengan Chef Tania yang juga kebetulan hendak jumpa dengan Chef Bob.. tapi Chef Bob tak dapat datang.. jadi Chef Tania terjumpa dengan Chef Mama.. hahahaha

Lepas makan-makan dan bergambar dengan Chef Tania.. kami bertolak ke Chua Chu Kang. Sempat pulak kami ambil Zalina dan Julie yang baru habis kerja... Mama ada appointment pulak dengan Chef Lela. hehehe.. seronoknya jumpa dengan Chef Lela.. dapat makan banyak laa kek-kek yang dibuatnya... Mama puns seronok berbual dengan Chef Lela... abangnya, Ibunya.. dan semua family members Chef Lela... gamat jadinya.. hehehe.. sampaikan Chef Lela terlupa nak beri mama acar yang memang dia dah niat nak beri pada mama.. takpe Chef.. Disember nanti mama pergi lagi.. nanti boleh kita sembang panjang lagi... mama pun dah boleh senyum dan tidur lena... hehehe.. bukan Auta tapi Fakta

My time kat sana very-very tight... malam tu.. mama cuma sempat pergi shopping kat Mustafa... tu pun .. mama beli selipar jerrr.. hahaha.. kaki ku sakit.. . Ramai lagi kawan-kawan di SIngapura yang mama nak jumpa tapi tak sempat.. sorry ekkk.. nanti lenkali kita jumpa.

Next morning dah berangkat balik....










bestnyaa p shopping muhehehheheh Mon 25-Aug-2008 05:16
Posted by:AQis@MidniteBaker,Taiping,Perak balqis_cakes@yahoo.com  - [Link]
mamazieza kalau nak order cup cake spongebob dalam 50pcs berapa yek? saya ni dok kat bukit gedung,x gaduh nak pos2 dah................. Fri 12-Sep-2008 04:07
Posted by:suzilawati norsuzilawatisaad@yahoo.com
Salam Ramadhan. Lama tak jenguk2 kat sini. Wah, naper tak bagitau depa nak mai Spore? Bukan apa, boleh ngecek 'chocolate treasure' sket.. Sat 20-Sep-2008 02:13
Posted by:Bro Rozzan
View all 7 comments Add comment


Sunday, 10-Aug-2008 13:32 Email | Share | | Bookmark
Dua Tiga hari Di Singapura..

Macam2 mousse and jelly
Wasabe macaron
cheesecake
View all 11 photos...
Akhirnya setelah lebih 20 tahun mama tak menjejakkan kaki ke Kota Singa.. mama pergi jua pada 23/07/2008 tempoh hari. Itu pun mama pergi kerana mengekor suamiku yang ada kerja di sana.

Sebenarnya.. ni semua pun takde dalam perancangan pun. Tiba-tiba dia ajak.. kita apa lagi.. semua free.. hehehe.. ikut jerr laa kan... Bila dah sampai sana.. banyak laa terfikir dalam kepala hotak ni.. dengan segala 'mission impossible' dan 'mcgyver' dan CSI Singapore dan post mortem yang nak dilakukan yang dah terpahat dalam jiwa dan raga sekiranya mama jejak ke singapura...

Maka terlerai laa segala kemusykilan dan persoalan dalam diri mama.. dan boleh laa mama tidur lena dengan tiada rasa bersalah dalam jiwa raga ku.. .. di buai mimpi-mimpi indah.. kerana terbukti.. hehehe.. Aku dikencing dan dikantoikan.. tapi takpe.. Allah swt Maha Kaya.. Maha Pengasih dan Maha Pengampun... Aku Bersyukor padaMu Ya Allah, kerana telah terbukti kini, aku dipihak yang benar. Aminnnnn

Apa-apa pun, semuanya dah terlerai dan terbukti. Maka tutuplah satu babak dalam telenovela yang dikarang khas oleh Pengarang Cyber. Pembukaan dan Pengakhiran telenovela sememangnya hanyalah telenovela. Mama dahulu dibuai dengan cerita yang manis dan mengkhayalkan hero dan heroin yang handsome dan cantik menawan. Kini mama dah berpijak di alam nyata. Bersyukor ke hadratNYA. Biarlah kalau ada sambungan telenovela tersebut.. semuga orang lain tak akan ikut khayal dalam telenovela itu. Mama dah terkejut dan disedarkan. Yang nak terus berkhayal, tak salah.. boleh teruskan khayalan kita hidup di alam cyber.

Betul bagai dikata, di dalam alam cyber ni, apa saja boleh berlaku. Apa saja yang ditulis boleh dijadikan satu rangka dan satu episod cerita kehidupan.

Allah itu Maha Pengasih, kalau kita benar, benar laa jawapannya... dan ditunjukkan kebenaran didepan kita.

Okay back to alam yang sebenarnya...

Sampai di Singapura pada lebih kurang jam 3.00 petang 23/07/2008, mama cuma melepak di dalam bilik hotel sebab che abang ku ada meeting sampai jam 7.00. Lepas tu kami dibawa pergi 'dinner'. Puas juga nak mencari hotel dan tempat yang menghidangkan makanan yang halal. The first 3 places yang dibawa, semua tak halal.. tengok jerr mama.. siang2 lagi orang kat situ dah beritahu.. Sini tak Halal.. Memang ada tapi yang fast food laaa.. Yang digerai-gerai pun ada gak.. tapi kalau dah orang nak belanja .. takkan mereka nak bawak kita kat gerai laa kan.. last-last kami singgah di Hilton, adalah Japanese Buffet. Itu pun kena berhati-hati dijalanraya.. hehehe.. ada yang tak halal gak tu. Mujur ada Chef Melayu yang beritahu kami apa yang boleh dan tak boleh dimakan. Alhamdulillah... Maka yang mama makan.. ni laa dia.. hanya dessertnya.. hehehe.. and it cost about SG50/- per head. Wahhh.. mama rugi lerrr.. makan dessert jerrr.. Yang hak Captain Waiter dia heran.. kenapa laa mama makan dessert dan fruits jerr.. mama kata mama on diet.. And I luv the Snickers Cake...

yang ni sedappppp... mama makan sampai dua keping.. hehehe.. seb baik ada rasa malu .. kalau tak malu..







Keesokkannya mama dah ada 'tourist guides' yang akan bawa mama ke kedai-kedai Baking..hehehe.. but I have only until 3.00 pm.. sebab dari 9.00 pagi sampai 3.00 petang.. memang mama free.. hasben mama ada meeting.. tak tau laa meeting ke dating dia tu...

Bila Lynn dan Zee datang fetch mama pada kira2 jam 11.30 pg rasanya macam lipas kudung kami hehehe.. and ni laa sebahagian dari barang2 yang mama beli. Sorry ekk.. takde barang-barang lain selain dari barang-barang baking. Kalau nak tengok gambar barang-barang yang mama beli dan pertemuan-pertemuan lain nanti mama update later-later yaaaaaaaaaa


You have been tagged with an Award Berantai...hehe... Wed 20-Aug-2008 06:42
Posted by:Edoras edoras2000@gmail.com  - [Link]
saya pon suka bangat nk snap kueh muih segala mcm
makanan kt cafe hotel..yelah cantek2 kann..
pernah la buat sekali tp malu sesgt...adehh..
org tgk kita cam gayat ke apa ntah...mcm sibuk2 je dok klik sana sini..
tp kwn kata takpe buat dono jer...hu hu
Tue 26-Aug-2008 02:06
Posted by:mama ie a.k.a leen  - [Link]
ma, mcm ku kenal je telenovela ittew!! so..mmg benarlah perkara2 yg tidak benar yg kononnya benar itu? err..betul ke slot yg sama ni? he..he...
syioknya g spore...last gue g sana tahun 96...
Tue 2-Sep-2008 09:01
Posted by:yatt  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Wednesday, 6-Aug-2008 14:22 Email | Share | | Bookmark
Satu hari di Hari Rabu

 
 
 
View all 4 photos...
kalau nak dengar citer sepenuhnya.. kena laa pergi ke FP RinnChan. Kelas ni pun mama buat selepas Azfa menalipon mama berkali-kali dari awal tahun lagi.. bukan mama tak mau buat.. tapi mama dah malas nak buat kelas.. hehehe..penat oooo... dolu-dolu masa tukun kat rumah tak banyak..mama buat gak kelas baking di apartment mama.. tapi laa ni.. nak bergerak kat dapur pun takleh..

Di Lagenda Height tempoh hari mama diminta mengajar buat kapis.. tapi kan.. nampaknya murid-murid lebih tereris dari cik gu.. Betul ni.. Tahniah pada semua.. memang terror...


eh ehhh.. ada gambar tukang angkat gambar pro kita lerrr...

Nak citer .. di sana hari tu.. kebetulan memang panas.. so buttercream kami macam takmo stable.. ..mudah lembik dan kalau letak2 apa-apa deco.. mudah tenggelam. Begitu jugak mama cairkan cokelat dari jam 3.00 petang.. sampai habis kelas dekat jam 7.. tak pernah sekali mama kena 're-heat' cokelat tu.. kerana ia maintain cair..



Dan ini pulak Award dari Intan..yang dipaksa ambil darinya melaui YM gak ... hehehe.. maka dengan terpaksa rela..mama mengambilnya.. tapi bukan dari fp Intan tapi mama cilok dari FP MamaFami... Thanks Intan.. hehehe.. mama appreciate the awards.. walau pun kena paksa... tapi kan.. dah lama tau orang tak beri mama awards.. last sekali masa sekolah dolu2..


SEMBANG NGAN MAMAZIEZA!!!!

Quote:
MamaFaMi - Ni sape mau jawab haaaaaaaaa Sungguh lemah lembut.. bersopan santun.. dan penuh berhemah..

menari kelas mama....tetiba mcm teringin plak nak berguru secara live ngan mama.....
rock lemon(melon) tak menjadi la kali ni...nampaknye ada org sudah putus asa ngan rock melon tu... pasni nak makan si rock tu kena beli la nampaknye ...isk...
Thu 7-Aug-2008 14:23
Posted by:iyta  - [Link]
rugi sy x bukak FP lama...uhuuu...tidak leh join kelas mama kat umah Azfa...mmg tingin sgt nak bljq msk niii..... Tue 12-Aug-2008 08:26
Posted by:afizaz93 afizaz93@yahoo.com
SALAM SUME...

JOM TENGOK BISKUT RAYA 100% HOMEMADE DR DAPUR MUSLIMAH DI http://pulasan.fotopages.com. TQ
Fri 29-Aug-2008 01:24
Posted by:Diaz diazsoc@ymail.com
View all 8 comments Add comment


Monday, 4-Aug-2008 15:28 Email | Share | | Bookmark
Ketupat Sotong

 
 
 
Last weekend mama balik ke Kota Bharu, sebab ada kenduri. Tapi dah jadi satu macam punya kesumpahan.. hehehe. tiap kali balik KB pasti mama tak berapa sihat.. Yang terbaru ni, lelangit mama.. melepuh.. bengkak dan tak boleh nak makan.. sedihhhhh.. dan tragis betoiiiiiiiii...

Orang dok hidang nasi bukhari, segala lauk pauk. Dan my SIL pulak ada masak kuah singgah daging keting, ketupat sotong.. mama telan air liur pun sakit... sedihhhhhhhh... hehehhehehe...

Tapi gambar masih boleh ambil.. hehehe.. kita posingkan ketupat sotong kakak ipar mama.. bukan mama buat tau.. ni kakak ipar mama yang buat.. tapi resipi ada..

KETUPAT SOTONG
Resipi Tengku Hamimah


Bersihkan berapa banyak sotong yang anda suka
(cari laa sotong yang fresh dan sederhana besarnya)
Kepala sotong jangan buang tau.

Basuh dan bersihkan pulut... macam kita basuh beras untuk masak nasi.
Dah tu sumbat dalam sotong tadi sampai mampat.
Masukkan semula kepala sotong dan cucuk criss cross dengan toothpick
supaya pulut tadi tak terkeluar.

alamak lupa laaa.. selepas kita cuci pulut tadi.. kita rendam laa sat dgn
gula skit, garam skit dan santan skit..

Dah siap sumbat semua sotong2 tadi, kita masak dalam santan yang dah dicampurkan dengan bawang merah dan halia yang ditumbuk, masak pelan-pelan
sambil kacau jangan sampai santan tu pecah minyak.. nanti tak lawa.. tak cunnn...

agak-agak kalau dah masak pulut tu dan santan pun dah pekat.. angkat laa dan hidangkan.. sedapppp youu... cuma mama jerr takleh nak makan.. huhuhu....





[i]SEMBANG NGAN MAMA!!!!!



Quote:
Zai KuLim - hehehe.. the 1st tapi takde hadiah.. heheheh


RinnChan - warna trafik light lerrr.. hehehehe.. kejar duit raya ....

Azfa - arrrrrrrrrrrrr... tidakkkkkkkkkkk... hehehehehe


LynnHassan - rasanya sedap.. sebab bukan kita yang masak...heheh.

Nabialishad - kita nak tengok orang marah dulu.. hehehe warna powder beli dri kedai LMC.. Penyu tolong menyusur beli.. hehehe

Wawa - Sedap tau ..kalau bukan kita yang buat Daging keting tu.. daging yang tak banyak lemak tapi byk urat keting..

Rozamy - Ya betullll.....


Leen - Tahniah Leen.. padan laa lama menghilang.. menambahkan umat rupanya.. hehhe


Ida - Ida mesti terer buat ni...


RinnChan- Hmmmm.. sape ekk yang pandai???????

salam ziarah dari ida buat mama .. waaaaaaaa dahsyat lahhh sedap nyer ... ala lapoor lah pulak .. mama tahu anak2 ida selalu cakap ibu masak semua sedap .. masak ikan masak kicap punn dier kata sedap .. ida terharu sgt .. padahal bukan nyer aper sgt .. biaser jer .. tak der resepi yang bukan2 punnnn ... huhuhuuuu Wed 6-Aug-2008 09:59
Posted by:ida , pahang ieder_immi@yahoo.com.my  - [Link]
Sebelum kucuba di dapur sendiri baik ku pergi carik dulu dimana-mana. Kasi rasa duluuuu.....
Amacam...ada boleh masak untuk kita ka???
Wed 6-Aug-2008 11:00
Posted by:RinnChan  - [Link]
salam mamazieza, ketupat sotong nie one of my favourite tau...memang best punyer Wed 13-Aug-2008 06:03
Posted by:aima rizaima@yahoo.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.