Want your
own Fotopage?























 


By: mama zieza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 23-Jun-2009 08:03 Email | Share | | Bookmark
TOLONG SEBARKAN DAN DOAKAN UNTUK KAWAN MAMA - TELAH DITEMUI

nadia natasha 8 tahun
ahmad zakry 10 tahun
LATEST -

MEREKA TELAH DITEMUI DAN SELAMAT KEMBALI KE PANGKUAN KELUARGA.. terimakasih kepada semua kengkawan yang telah mendoakan kesejahteraan mereka... aminnnn.....



DUA KANAK-KANAK HILANG


Kawan Mama.. Miza telah kehilangan anaknya.. bukan seorang tapi dua orang.. mama harap kita sama-sama tolong war-warkan dan tolong berdoa agar mereka berdua ini dijumpai dengan selamat..

Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.

Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm. Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information. Thank you.


Hati mama pun terasa kosong bila mendapat berita ini.. apa lagi agaknya hati Miza...





Semuga segalanya akan berakhir dengan penemuan kedua-dua anaknya dalam keadaan sihat walafiat.. Amin... InsyaAllah.. Pada mu Allah swt kami berserah

mages that we bring to you, are colourful poetry that would bring back beautiful and appealing memories that charms not only you, but your children in future.

If you ask us, whether we are glad to bring the images to you?
We say, we do.
We will always do.
Call now, and let us.
Owh. A little shy? Email us then at exquisimages@gmail.com and we'll be glad to reply.
Thu 2-Jul-2009 12:12
Posted by:exquis images exquisimages@mail.com  - [Link]
bende yg paling aku takut ialah kalo ank ilang.... Sat 4-Jul-2009 00:00
Posted by:pakej kawin murah&menarik (dona)  - [Link]
memang speechless kalau bab ilang anak2 ni...saya pernah kehilangan anak buat selama-lamanya dan pernah juga hilang seketika di carrefour wangsa maju....tulah ...tak terkata apa..Alhamdulillah mujo dah berjumpa kembali....ameen Sat 4-Jul-2009 11:29
Posted by: ShahRose  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Wednesday, 17-Jun-2009 13:03 Email | Share | | Bookmark
Sira Labu dan Acar Umbut Kelapa

sedang potong buah labu
buah labu yang dah dipotong dicuci
labu diselangselikan dengan gula
 
 
dah siap dahhh
View all 15 photos...
Umbut kelapa memang mama suka makan.. tapi makan mentah gitu.. tak tau laa pulak boleh buat acar.. tapi kan .. sayang.. mama tak sempat nak interview mintk resipi.. hehehehe

Labu ni..memang mama tau kat sebelah pantai timur selalu sira.. tapi tak pernah tengok.. ni first time mama tengok.. tapi tak dan makan. hehehe.. bila dah penat.. semua tengok pun.. setakat tengok jerrr..

Labu kami gunakan 18 biji
Gula Pasir 10 kilo
Daun pandan...



Umbut mayang di umbut...


labu labi dibuat sira... sedap rasanya bagai nak gila..



Ayam Goreng Ganu.... sedappp dimakan panas2


rencah untuk goreng ayam


Buah cempedak di DALAM pagar.. hehehe


ni gulai terengganu.. mama lupa namanya


Resipi ayam goreng Jertih Ganu.. heheheh
(resipi asal dari orang Jertih)


ayam basuh bersih
potong laa ikut besar mana nak

bahan celup

tepung jagung
telur
serai dan halia (blend halus)
kunyit serbuk
garam
gula

minyak dan daun kari

celup ayam dalam tepung yang dah dibancuh dengan telur, serai, halia, kunyit, garam dan gula tu.. dan goreng dalam minyak dengan daun kari.

untuk elakkan ayam tu dari melekat kat kuali.. masukkan beberapa keping asam keping

yummy.. menjilat jari


mengganas betui pokok cempedak tu berbuah...sedapnya tgk gulai dalm kawah tu... Tue 23-Jun-2009 13:58
Posted by:zanaz zanaz70@yahoo.com  - [Link]
eiii..geram tgk umbut nyoq tu aihhh..
kalau kat peghelih..depa ghajin wat gulai..sedap tau ma!
Wed 24-Jun-2009 00:42
Posted by:Kacip_Fatimah  - [Link]
rs telioq tgk gambo umbo.. dah bjaman2 x mjamah umbot mayang nihh... bak brg semangkok mamaaaaa Sat 27-Jun-2009 06:15
Posted by:unnamed
View all 12 comments Add comment


Sunday, 31-May-2009 10:34 Email | Share | | Bookmark
Durian dan Bahulu.. bukan Bahulu Durian..

 
 
 
View all 9 photos...
Rasanya ini dah kali ketiga mama buat bahulu @ baulu.. tetapi bauluku tetap keras.. .. Naik elok.. gebu nampak.. tapi liat dan keras.. gula kurang.. tak manis.. tepung skit.. apa yang tak kena ekkk... hmmmmm biaq pilaaaaa.. meh makan durian.. hehehehehe




My 3 tier Wedding cake... ringan jerr cake ni.. kira budget cake laaa.. lebih kurang 3 kg.. 2 kg dan 1 kg... cake CMC, fondant decoration and edible flowers.




Asalnya mama nak buat white choc ganache.. tah apa tah silap.. cokelat ku mengganas.... tak menjadi...

Banyak cerita disebalik kek tiga tingkat ini.. tapi biarlaa cerita itu dalam lipatan cerita usang....chehhhh.....

Salam...
Kami menawarkan pakej2 katering beserta kanopi, makan pengantin beserta meja pengantin dan backdrop, scallop, make up, PA system, gubahan hantaran, kad kawin dll. untuk tahu lebih lanjut sila hubungi:

http://myilham.fotopages.com
kamil - 019 6500432 (qar_mell@yahoo.com)
ina - 019 3075439 (kiter_kiters@yahoo.com)
Sun 21-Jun-2009 09:34
Posted by:unnamed qar_mell@yahoo.com  - [Link]
askum tumpang iklan yer tuan umah
http://myezyshop.blogspot.my
019237 2845/anamac79@gmail.com
Fri 3-Jul-2009 19:18
Posted by:mamafatin anamac79@gmail.com
myblog http://myezyshop.blogspot.com Fri 3-Jul-2009 19:23
Posted by:mamafatin anamac79@gmail.com
View all 18 comments Add comment


Friday, 22-May-2009 09:16 Email | Share | | Bookmark
Takzirah dalam cerita

 
 
Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asyari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.


Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masng menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu'man, yang ketika itu usianya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu.

Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

"Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

"Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

"Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa." sahut Abu Hanifah.

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad-Dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialis dan ateisnya itu.

"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.
"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.
"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri semakin meninggi.
"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!", jelas Abu Hanifah.
"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.
"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.

"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: "Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"

Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?" Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!" Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.

"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.
"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit. Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya..." Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam!!! Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum.

"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.

"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," katanya. Dahri dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah.

"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat, Mazhab Hanafi.




Ok.. jom kita makan kek plak...


Tumpang Iklan-KAIN SULAM BUKIT TINGGI
STOK BARU JUN 2009

"BOLEH BAYAR 2 KALI, APA TUNGGU LAGI===> ALL ARE FREE DELIVERY"

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya ANDA,hantaran perkahwinan, hadiah, majlis pertunangan!!!
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
STok harga promosi masih ada lagi
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Tue 2-Jun-2009 08:44
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
cantek kek akak..dan begitu jugak cerita yang memberi banyak pengaran tu...kak nak jemput akak masuk umah kedua saya >>> http://athospira.blogspot.com/ ada masa engoklah ye... Tue 9-Jun-2009 14:45
Posted by:shahrose76  - [Link]



+ Latest Handbags & Wallets Collections (COACH , LV , GUCCI)

+ Jubah Ala Hajaba, Maxi Dress, Blouse Dato Ct

Layari http://www.mamacollections.com

Thanks,
MaMa
Tue 30-Jun-2009 13:46
Posted by:mama
View all 10 comments Add comment


Sunday, 17-May-2009 02:38 Email | Share | | Bookmark
mother's day, teacher's day and birthday

 
 
 
View all 12 photos...
Pssttt.. mama demam.. selsema.. batuk.. tapiiii bukan H1N1 ekkk.. heheheh.. nanti lenkali laa citer-citer.. tengok gambar jerr dulu



Okay... dah baik skit.. walaupun kini gastrik pulak melanda.. heheheh.. mcm ada puting beliung dalam perut.. berputar-putar.. makan ubat gastrik bukannya sedap... mcm minum dan makan kapur tulis.. hehehe

Mama kan dah lamaa berkenan nak tiru design Ana Putrajaya.. entah mcm mana masa mother's day punya tempahan tu.. fuyooo.. habis mama tiru design Ana..hehehe..jangan marah ana.. izin dah mintak tahun lepas.. tapi baru sekarang boleh dapat mama buat...

Ehhh.. yang cekelat tu pulak.. hahahah.. tu laa dia.. lenkali..JANGAN BUAT COKELAT TENGAH MALAM... hahaha.. JANGAN BUAT TIME NGANTUK... JANGAN BUAT KALAU DAH PENAT... konon-konon nak cepat siap.. haa padan muka dapat Cokelat tak cukup botox.. adakah patut gi letak mould dalam freezer.. hahahaha.. bila curah jerr cokelat..mengeras laa dia tak sempat nak kasik dia golek2 dulu maka jadi laa cokelat pesen baru.. Tapi kan.. cokelat pesen ni laa anak-anak mama suka.. sebab dorang boleh makan perabis.. hehehehe.. dah tak jadi kannnn.. takkan nak jual lagu tu.. jadi jual kat perut dorang laaaa

Yang cokelat dalam kotak 4 tingkat tu.. diorder oleh Farah.. customer setia mama.. hehehe.. untuk hasbennya.. thank you Farah.. Farah dan kakaknya Rozita memang selalu order dari mama.. tu kapis baby shower dan kapis mini tu pun milik mereka... thanks Farah and Gee.. muaaahhhhzzzz

haaa.. tang chocolate dan bunga.. fuyooo.. order dari jauh tu.. ada orang tu order utk 'boyfren'nya.. siap soh hantar ngan bunga ros merah lagi.. luving you...

chocolate oreo dan lolichoc tu.. untuk anak2 mama dan order dari kawan-kawan mereka utk teacher's day... tapi rasanya.. perut dorang gak kot..






Chocolate pesen baru.. hahaha..



lolichoc and oreo choc

mama...ana suke lolichoc tu.....heheheh...bebila nanti nak order ngan mama..... Thu 21-May-2009 14:28
Posted by:ana pisa analiza7773@yahoo.com.my
SALAM ZIARAH
hmmm yummilicious la tengak cekelat mama. meleleh ayaq lioq...
kalau mama tak dan nak pi kedai beli baju anak meh jenguk sini. Now in PENANG + online!
branded n high quality kids apparel - GUESS, GAP, ZARA, GYMBOREE, CARTERS....etc
http://chomellote.blogspot.com/
Thu 21-May-2009 22:24
Posted by:iffah iffah.online.store@gmail.com  - [Link]
salam mama. suka dtg. sini..macam-macam ada...terliuq betoi tengok coklat tu... Fri 22-May-2009 12:18
Posted by:feena  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Monday, 4-May-2009 12:17 Email | Share | | Bookmark
My exhausting and rewarding weekend

 
 
 
View all 12 photos...
Last weekend.. a hectic and exhausting weekend... jangan ketawa tau.. baca jerrr.. baca macam takde perasaan

Mama dah dapat order order ni semua dalam tempoh masa sebulan...mula-mula mama dpat order buat 60 baby shower cuppies, 70 keping biskut baby shower and 100 mini cuppies plus chocolate untuk anniversay pada 1/5... ni semua order dari Gee dan Farrah yang memang customer mama yang setia... selalu repeat and repeat order dari mereka... Then mama dapat order wedding cuppies dari Syeda utk perkahwinannya pada 2/5. Last order dari Mas dotcookies utk 3 kg pandan layer cake. Actually.... mama cuma nak tolong mas.. sebab groupnya buat function kat Penang.. and mama baca dia mencari sape yang nak buat kek tu.. so mama ni kan baik hati... konon nak tolong laa carikan.. tanya sana sini.. semua tak nak.. sebab kata mereka.. pandan layer ni.. dah laa leceh.. pastu kalau jual mahal nanti kena komplen.. hehehe.. so mama pun tak sampai hati nak btau Mas, mama kata mama sanggup laa buat.. dengan sekian-sekian price.. and i have to send it to Bayview Hotel on 1/5 tu.

Makin dekat dengan tarikh.. hati mama makin berdegup degup.. hehehe... nak buat pandan layer tu yang membuat mama berdegup2... sebab Mas nakkan sheet cake.. besar.. cake board paling besar dalam pasaran.. hehehe.. kat kedai d metres laa 20inci.. loyang mama pulak paling besar 17 x 14 inci.. ishhh... boleh ke..??? dulu buat sheet cake.. was just chocolate cake.. tak payah layer-layer.. kali ni nak kena melayer.. uwaaaaaaaaaaaa PADAN MUKA AKU......

Dalam pada tu.. mama siapkan bunga-bunga untuk cuppies kawen dan juga biskut.

Mama dah pesan santan utk pandan layer tu.. tapi .. Ya Allah!!! orang yang mama order santan tu boleh ke KL tanpa bawakkan santan mama tu.. adushhhh.. ni dah tengahari..mana ada pasar bukak.. lagi pun mama kerja... mana boleh nak keluar ngan suka hati mak pak gi beli santan... Seb baik laa mama dapat gak santan malam tu... ni 30/4 tau... hehehe... Balik kerja jerrr.. terus singsing laa apa2 yang patut start buat kek.. then dah kol 11 mlm.. nak buat layer pandan.. ALAMAK.. agar-agar mama warna merah.. uwaaaaa... tolongggg.... tolonggg.. mana boleh pandan layer warna merah.. tu stroberi layer... laaa kenapa laa tak tgk betul-betul...main amik jerr... adushhh.. pastu ngan muka yang selamba dan toya.. hehehe.. mama pun mintak laa tolong kata suami tersayang... hahaha.. sayang la ekkk. nak mintak tolong... memang sayang laaa oiiii.. hahahahaha..."Abang tolong laaaa mama gi ke kedai mamak beli agar-agar serbuk.. mama dah salah beli.. ni warna merah.. huhuhu".. "Ma.. dah kol sebelas ma.. pastu entah ada ke tidak..." tapi dia pergi gak.. Sementara tu.. mama bakar cupcakes utk wedding.. dan juga cupcakes baby shower separuh.



Bila hubby balik.. cuma ada dua peket jerr.. katanya semua kedai mamak ada yang warna warni.. yang colorless ni tinggal 2 jer.. adushhh.. what to do.. just make do laaaa... Alhamdulillah.. walau pun terpaksa campurkan dengan agar-agar merah.. tapi menjadi gak.. warna hijaunya.. hehehe... Bila dah siap.. hmmm.. rupanya.. permukaan kek tu.. tak berapa tebal dan perlukan make over.. renovation.. bukan major.. tapi minor.. . Alamak.. dh kol 3 pagi nak cari kat mana bahan-bahan.. so tunggu esok jerr laaa.. pagi-pagi jam 6 mama dah bangun.. lepas subuh terus ke pasar.. beli santan dan agar-agar... beli lebih.. hehehehe. Balik terus start buat Make Over... Siap.. beres.. tumpukan pulak pada wedding cuppies... hmmm siap alhamdulillah... Kol 1 lebih.. letrik plak takde.. makkkkk... tolongggg... camner ni.. nak deco cupcakes ni....mujur sat jerr....jam 3.30 petang hantar Pandan Layer cake.. kol 5.30 hantar wedding cuppies.. fuhh lega.... then mama dapat sms dari Mas.. btau kek pandan layer dah licin.. tak sampai 2 jam.. habis.. sedapp katanya.. Alhamdulillah... Syukor keHadrat Allah swt... legaaaaaaaaaaaa......then dari Syeda pulak.. katanya.. cupcakes tu lawaa.. rasa hehehe.. dia tak rasaaa sebab tu utk dihantar ke pihak lelaki....... Alhamdulillah...




By maghrib.. cupcakes baby shower siap... mama start deko biskut.. punya laa haru biskut kali ni.. asyik patah riuk jerrr.. kenapaaaa??? buat lagi. bakar.. pun gitu gak.. alamak.. nak 70 keping.. tapi mama dapat 50 keping saja.. sedangkan biskut yang di bakar dah 100 keping.. patah majang...jam dah kol 1.30 pagi.. nak kena buat mini cuppies pulak.. gitu gini.. kol 3.30 baru habis.. by the time siap kemas.. 4.30 baru dapat tidur.





Kol 6 pagi 2/5 dah bangun.. lepas jerr solat subuh .. dah dekat kol 7.. terus ke seberang .. ngantar kapis, biskut dan chocolate .. explain kat Farrah dan Gee.. mintak maaf laa banyak-banyak. Sayang kat mereka berdua .. sebab they really understand my situation.

Balik dari Kubang Semang.. sampai ke Bayan Baru dekat dah kol 9 pagi.. mama terus gedebum .. sebab mata dah tak tahan sangat... letih.. ngantuk.. lapar.. hehehe. Tau-tau dengar dikejutkan.. "Ma bangun maa.. tak makan tak apa ni' "ooo okay.. nadia nak gi tusyen kan" Gelak hasben mama.. tusyen apa ke bende.. hehehe. dah balik dah pun.. dah tidur dah... ni dah kol 2.30 petang.. hahaha.. maaak oii.. lamanya mama tidur... kol 2.30 petang baru bangun.. break record sendiri nampaknya.. haha...Penat memang penat.. tapi teruja dengan segala pengalaman dan ujian yang Allah swt berikan... Aminnnn





Iklan mama;-

kelas basic class on 10/05/2009 (choc cake, butter cake, cheesecake, sponge & banana cake)
jam 2.30 petang di Bayan Baru
Fees - RM150.00

please email me mamazieza@yahoo.com

very nice cuppies !!!!!!!! Sat 16-May-2009 17:40
Posted by:kurie shukri.nordin@gmail.com  - [Link]
Salam...
tumpang iklan baju muslimah kat sini skett yerr .....menumpang fofulariti fp meriah ni......terima kasih banyakkk!!!

http://rzamoslemhijab.blogspot.com
Sat 16-May-2009 20:27
Posted by:R'za rza.myhijab@gmail.com  - [Link]
salam..amboi, yati baca pun suspen....yati pun selalu buat kerja tolong-memolong org ni..lagi parah..boleh tangguh lak payment...aduih... Mon 15-Jun-2009 03:02
Posted by:yati_hassan noorirdawati_hassan@yahoo.com  - [Link]
View all 23 comments Add comment


Wednesday, 29-Apr-2009 14:29 Email | Share | | Bookmark
Cheesecake

 
 
This is my 'how many times' in a month making this cheesecake. senang dan muai.. seronok membuatnya.

Base:

Biscuit - dihancurkan sampai halus
Butter/mentega utk digaul dengan biskut
- buat sehingga kita boleh kepalkan biskut tersebut dan tekan ke dasar acuan cheesecake.


Adunan Cheesecake

500 gm cream cheese
4 biji telur - asingkan putih dan merah telur
150gm whipping cream
1 sudu besar lemon juice
10gm sugar
60gm sponge cake mix

Dalam satu mangkuk asing, pukul putih telur sehingga kembang dan masukkan 50 gm gula dan terus pukul sehingga likat dan berkilat (meringue laa tu)

Dalam mangkuk lain, pukul cheese dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan whipping cream.
Masukkan tepung sponge.

Tuang adunan cheese tadi ke dalam adunan putih telur dan kacau perlahan sehingga sebati.

Curah ke atas base tadi dan masak secarai bain marie. Ikut masa dan kepanasan oven masing-masing.


Shopping baju dan aksesori online

http://kedaiarte.blogspot.com/ ...

tumpang iklan ye tuan rumah
Sun 3-May-2009 16:13
Posted by:kedaiarte  - [Link]
assalamualaikum kak.... he...he... nak tumpang promo gak

saya ada menyediakan perkhdidmatan membuat hantaran perkahwinan dan pertunangan dengan harga yang paling berpatutan berbaloi dengan deconyer.....

harga yang setanding dengan hasil yang diperolehi...

berminat jangan malu2 email saya di anesalfarizan@yahoo.com..
Tue 9-Jun-2009 09:12
Posted by:anesalfarizanmispani anesalfarizan@yahoo.com
Renjis Splendour Johor Bahru.
Kami merupakan perunding imej dan pereka fesyen yang bertauliah dan berpengalaman ( B.A Fashion Design UiTM Shah Alam/ Master of Technic and Vocasional ).
Kami sememangnya pakar dalam rekaan pakaian sanding untuk pengantin, evening dress, kasual serta costume yang berteraskan pengantin moden ( terutamanya untuk mereka yang ade 'taste' )
Ramai yang keliru dengan kehadiran kami.
Kami bukan "Renjis" biasa yang familiar dan sama dengan mana-mana andaman yang lain.
Kami telah ditubuhkan sejak tahun 2000 lagi.
Kami sedar terdapat klon-klon yang hampir menyerupai kami.
Namun, kami tahu anda lebih bijak menilai yang mana yang tiruan atau original.
Usah keliru... Kami lah Renjis Splendour a.k.a Renjis Couture sebenarnya!
Untuk sentuhan make-up yang dramatik dan mantap serahkan pada kami, biarkan kami lunaskan
kerana kami ada kepakaran yang nyata...
Kami sedia untuk berkhidmat di Kuala Lumpur, Singapura, Sarawak, Terengganu.. atau di mana sahaja !Kami tetap tegar..bersama anda.
Untuk sentuhan yang profesional dan rekaan yang dinamik hubungi kami
di 016-755 9991 atau 07-772 1188 ( Ryzal Jamaludin/ Daniel Firdaus ) or 012-714 2743 photographer Hycal aDI )
atau melalui email ke renjis_splendour@yahoo.com.

" Creation for a more beatuiful world "
Kami menanti anda dengan penuh idea dan kreativiti...untuk majlis perkahwinan anda yang bakal menjelma...Terima kasih.
Thu 11-Jun-2009 13:31
Posted by:renjis
View all 4 comments Add comment


Thursday, 23-Apr-2009 16:35 Email | Share | | Bookmark
DOOR GIFT PROMOTION & MOTHER'S DAY PROMOTION

 
 
 
View all 7 photos...
School Holidays is around the corner... those who are planning engagment, wedding or kenduri, ni ada offer for your Door Gift.. Chocolate for your guests...

2 pcs of Chocolate Praline with box
RM2.00 per box
minimum 50 boxes






A Bear in a Box
RM2.00 per box
Minimum 50 boxes







2 pcs or 3 pcs of Chocolate Praline
in a rectangular boxes with ribbons and cute
thank you tag
RM2.80 and RM4.00 respectively







For Mums with Luv
16 pcs Chocolate Praline

RM18.00



Tempahan untuk 'Door Gift' adalah 2 minggu sebelum tarikh majlis.
Tempahan Akhir untuk 'Mother's Day' adalah 1 minggu sebelum tarikh 10/5/2009



Quote:

Kak Long - Kotak yang mana? kalau yang plastik cover tu.. mama beli di KL..kirim kat kawan.


tompang iklan ye tuan umah..

http://gamathealinaisham.blogspot.com/


http://kedaiubataisham.blogspot.com/
Thu 30-Apr-2009 04:48
Posted by:riz & wani
coklat ni buat saya juga cairr laa...telan air liru nengok...kalau boleh pos kan best..

Get 10% offer for babykids apparel until 5May2009!! HURRY UP! come n visit http://www.manjakuhappy.com
All pic taken by myself! Material close up and size measurement!
DOnt Miss it!!
http://www.manjakuhappy.com
Thu 30-Apr-2009 18:39
Posted by:Manjakuhappy djazzxp@yahoo.com  - [Link]
mama..kat mana leh beli kotak coklat tu..cantik laa.. Wed 6-May-2009 11:54
Posted by:kaklong
View all 13 comments Add comment


Saturday, 18-Apr-2009 15:26 Email | Share | | Bookmark

BASIC CUPCAKES CLASS on Saturday (25/04/2009) - RM150/-

CHOCOLATE CANDY MAKING CLASS on Sunday (26/04/2009) - RM250/-

email me at mamazieza@yahoo.com

Care to comment?


Sunday, 12-Apr-2009 23:19 Email | Share | | Bookmark
Muffins, Chocolate Cuppies dan Kerepek Bayam

 
 
 
View all 8 photos...
Baru-baru ni.. buatkan muffin dan chocolate cupcake untuk Diana yang sambut harijadinya di sekolah (14/4/09). Mula-mula dia nak cupcakes spongebob.. tapi sebab kan ana ada buat silap.. baru malam tu juga laa nak buat goody bag laa utk kengkawan. dan satu pun barang2 takde.. and mama dia jugak yang nak kena pergi beli.. hmmm dapat laa cupcakes togel jerrr.. hehehehe... lenkali soh lagi mama buat keja last minit.. .. hehehehe.. padan muka.. mama dia pun memang cari peluang jerrr. hahahaha...

Kerepek bayam tu pulak bukan mama buat.. tapi mama beli.. sedapppp.. daun bayam tu besar-besar.. dan ranguppppp...











Kerepek bayam ye..wow satu innovasi!!!

Salam.tumpang iklan ye....jom jengok pulak.. design baru...baju kurung, kebaya, jubah, tlkung...CANTIK untuk RAYA 2009!!!!! http://exclusiveapparel.blogspot.com/
Thu 16-Apr-2009 16:16
Posted by:mamaluqnqis  - [Link]
Salam, jemput singgah ke blog saya, maaf bukan SPAM tapi info tentang 'basikal lipat' yang akan sampai ke Malaysia.Mungkin rakan2 ada yang berminat? Sat 18-Apr-2009 15:54
Posted by:Nazurin  - [Link]
Mama - Mana nak beli bekas kotak cupcake tu (gambar dibawah) Tue 5-May-2009 07:51
Posted by:yatiecooking norhayati4@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.